• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini

  • OLEH Najib
  • 2:34 pm
  • 14/06/2019
  • Komen
5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi hebat tambang terlampu rendah penerbangan AirAsia kini kembali lagi. Sebanyak 5 juta kerusi disediakan dalam promosi besar-besaran ini.

Keutamaan 24 jam lebih awal diberikan kepada ahli AirAsia BIG di mana mereka boleh mendapatkan promosi ini bermula 16 Jun 2019. Bukan ahli AirAsia BIG akan dibuka akses ke promosi ini bermula 17 Jun 2019. Promosi ini meliputi penerbangan antara 1 November 2019 hingga 8 September 2020. Tempahan boleh dibuat di laman airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.



Selain itu, ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tambah dari serendah RM12 disediakan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Johor Bahru, RM 89 ke Lombok dan Nha Trang, RM139 ke Shantou dan Bhubaneswar, dan banyak lagi tawaran tambang rendah lain.



Untuk penerbangan jauh bersama AirAsia X pula, tambang serendah RM179 disediakan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, atau RM279 ke Osaka. Penerbangan lebih selesa boleh dinikmati bersama Premium Flatbed, dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan harga RM699, tambang RM799 ke Jeju dan Taipei, RM899 ke Perth dan banyak lagi destinasi pelancongan lain.

Kali ini, AirAsia turut menawarkan penerbangan percuma apabila pelanggan membuat tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel di airasia.com. Tetamu yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 50% untuk hotel terpilih dan sehingga 30% untuk pelbagai aktiviti bagi melengkapkan percutian mereka.

Khas untuk kali ini juga, ahli AirAsia Big akan dikecualikan sebarang yuran pemprosesan apabila menyimpan butir kad kredit/debit mereka ke dalam BigClick, dan membuat bayaran menggunakannya.

Enjoy ZERO PROCESSING FEES* when you book your flights with BigClick! It’s as easy as 1, 2, 3!

Head over to https://t.co/9opx1YgbM0, log-in with your AirAsia BIG Member account and save up to 10 credit or debit cards! Now you can check-out quicker!

*Until 30 Jun 2019 only. pic.twitter.com/m7BTrvI9uD

— AirAsia (@airasia) June 11, 2019

Pelanggan yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pesanan tambahan seperti pra-tempah makanan dan minumam, atau Pilih Tempat Duduk boleh berbuat demikian pada halaman Tempahan Saya yang serba baharu melalui 3 langkah mudah – Tekan, Pilih & Bayar!

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini

5 juta kerusi tambang terlampau rendah dalam promosi AirAsia bermula Ahad ini

14 June 2019
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN