• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sebanyak 50% pemandu e-hailing akan berhenti berkhidmat pada 12 Julai 2019?

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 4:51 pm
  • 17/06/2019
  • Komen
Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada November yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan bahawa pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan e-hailing (seperti Grab, MyCar, MULA) perlu memiliki Lesen PSV (Public Service Vehicles) seperti pemandu teksi sebelum 12 Julai 2019.

Terbaru, menerusi laporan The Star, sekurang-kurangnya separuh jumlah pemandu e-hailing di Malaysia akan berkurang pada tarikh akhir 12 Julai 2019, menurut badan wakil mereka.



Ini kerana sesetengah pemandu menganggap undang-undang yang dikenakan terhadap mereka merupakan satu bebanan. Malah sebanyak 200,000 pemandu e-hailing di Malaysia merupakan mereka yang berkhidmat separuh masa sahaja.

Menurut Arif Asyraf, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, beliau menjangkakan terdapat pengurangan orang yang mahu menjadi pemandu e-hailing selepas tarikh tersebut.



Pengurangan tersebut juga sekali gus membuatkan para pengguna menghadapi kesukaran ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing, untuk mendapatkan pemandu.

Ini kerana, menurut Pengurus MULA Cawangan Kuala Lumpur, jumlah pemandu yang turun secara mendadak tidak mampu menampung jumlah permintaan yang tinggi dari pengguna perkhidmatan e-hailing.

Bukan itu saja, CEO Carriage for Her, Nick Smith mengatakan bahawa pengurangan tersebut juga sudah mula berlaku akibat daripada kos yang semakin tinggi termasuk undang-undang yang telah dikenakan pada mereka.

Bagi Grab pula, pihak mereka memberikan fokus untuk membantu para pemandu dalam mendapatkan lesen PSV tersebut. Ini kerana mereka mahu mengurangkan gangguan pekerjaan harian pemandu dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai.

Sumber: The Star

Tags: E-HailingGrabMulaMyCar
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Grab akan kenakan penalti kepada penumpang yang lambat dan batalkan tempahan

Sebanyak 50% pemandu e-hailing akan berhenti berkhidmat pada 12 Julai 2019?

17 June 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN