• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedONE Travel Data SIM permudah cara berinternet di luar negara

  • OLEH Najib
  • 2:25 pm
  • 19/06/2019
  • Komen
RedONE Travel Data SIM permudah cara berinternet di luar negara
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda keluar negara, tawaran terbaru redONE ini boleh dibawa bersama. redONE memperkenalkan Travel Data SIM, yang menyediakan internet berkelajuan 4G LTE di 7 negara iaitu China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Terdapat dua jenis pelan disediakan dalam Travel Data SIM redONE, RM50 dengan 4GB data untuk kegunaan 7 hari, serta RM100 dengan 8GB data untuk kegunaan 15 hari. Pelan ini hanyalah untuk penggunaan data maka ia tidak boleh membuat panggilan dan SMS.



Menurut soalan lazim (FAQ), pelan ini memberikan internet tanpa had. Apabila habis kuota, kelajuan akan disekat kepada 128kbps sahaja. Kad SIM ini akan diaktifkan apabila ia dimasukkan ke dalam telefon. Oleh itu, redONE mencadangkan agar pengguna memasukkan kad SIM ke dalam telefon apabila tiba ke destinasi.

FAQ ini juga tidak menyebut sebarang pilihan untuk melanjutkan penggunaan, jadi ia kelihatan seperti kad SIM pakai buang.



Tawaran redONE ini sangat menarik kerana menyediakan perayauan data ke pelbagai negara Asia untuk jangka masa seminggu atau dua. Sebagai kad SIM data sahaja, ia sesuai digunakan di slot kedua SIM sambil mengekalkan kad SIM utama untuk kegunaan SMS dan panggilan. Pastikan redONE Travel Data SIM dipilih untuk penggunaan data di luar negara.

Kepada yang berminat, pek Travel Data SIM redONE ini boleh dibeli di semua kedai redONE Premiere serta cawangan redONE di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan pek sim ini, boleh layari laman redONE Travel Data SIM.

Najib

Najib

POPULAR

RedONE Travel Data SIM permudah cara berinternet di luar negara

RedONE Travel Data SIM permudah cara berinternet di luar negara

19 June 2019
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN