• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peminat kini boleh gambarkan saiz Galaxy Note 10 menerusi berita terbocor ini

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 11:53 am
  • 19/06/2019
  • Komen
Rupa Galaxy Note 10 dan Huawei P30 macam kembar seiras
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, terdapat banyak berita terbocor mengenai siri Samsung Galaxy Note 10, dari rekaan kamera utama, sehinggalah rekaan sepenuhnya. Menerusi berita-berita yang tertiris lalu, ramai yang mengetahui bahawa siri Note 10 bakal hadir dengan dua model dan saiz yang berbeza.

Bukan itu saja, kedua-dua telefon tersebut juga akan hadir dengan model versi 5G dan boleh didapati pada pasaran rangkaian 5G.



Compare the size of Note10 and Note Pro pic.twitter.com/XWsEEDVjY1

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) June 18, 2019

Terbaru, seorang pembocor berita, Ice Universe, berkongsi gambar yang lebih jelas mengenai perbezaan saiz dua model Note 10 itu. Perbezaan tersebut jelas dilihat menerusi filem pelindung paparan dengan ejaan “Note” tidak tersusun dan dikhabarkan untuk Note 10 dan Note 10 Pro.

Selain itu, filem tersebut juga tidak mempunyai potongan kamera pada bahagian tengah-tengah atas seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Ini kerana kedudukan kamera hadapan tersebut masih lagi belum dipastikan.



Ia juga dipercayai bahawa Note 10 akan kekal berada di tengah manakala kamera hadapan Note 10 Pro akan hadir dengan dwikamera dan berada pada atas kanan.

Daripada filem perlindungan itu juga kita dapat lihat bahawa telefon siri Note 10 bakal hadir dengan skrin melengkung sama seperti Galaxy S10.

Dua model telefon tersebut akan hadir dengan paparan sebesar 6.3 inci bagi model Note 10 dan 6.75 inci bagi model Note 10 Pro. Kini, peminat Note 10 sudah boleh gambarkan bagaimana saiz dua model telefon itu.

Rekaan kamera belakang Galaxy Note 10 (kiri) dikhabarkan mempunyai rekaan kamera yang sama dengan Huawei P30 Pro (kanan)

Walaubagaimana pun, ia cuma sekadar khabar angin. Samsung sehingga kini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai telefon Galaxy Note 10. Mungkin terdapat beberapa lagi perubahan akan berlaku sebelum pelancaran telefon tersebut yang mungkin dijadual pada bulan Ogos 2019 nanti.

Sumber: Sammobile, Ice Universe

Tags: Galaxy Note 10Galaxy Note 10 Prosamsungsamsung galaxysamsung galaxy note 10Samsung Galaxy Note 10 Pro
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Rupa Galaxy Note 10 dan Huawei P30 macam kembar seiras

Peminat kini boleh gambarkan saiz Galaxy Note 10 menerusi berita terbocor ini

19 June 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN