• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jualan Penghabisan gudang produk Apple di Machines kembali

  • OLEH Najib
  • 6:41 pm
  • 21/06/2019
  • Komen
Jualan Penghabisan gudang produk Apple di Machines kembali
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari produk Apple dan aksesori pada harga yang lebih rendah dari biasa, maka jalan penghabisan gudang Machines adalah salah satu tempat yang harus anda kunjungi. Seperti biasa, Machines menawarkan diskaun dan tawaran istimewa untuk model lama dan unit demo, memberi peluang orang ramai memiliki produk Apple. Sementara stok masih ada.

Jualan penghabisan gudang Machines akan berlangsung pada 28 dan 29 Jun 2019, di Jaya One, Petaling Jaya. Seperti biasa, ahli Machines+ akan mendapat akses sehari lebih awal, iaitu pada 27 Jun 2019. Jualan ini akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.



Buat masa ini, Machines masih belum menyenaraikan produk yang akan terdapat dalam jualan tersebut, tetapi kebiasannya mereka akan berkongsi tentangnya sebelum tarikh jualan kelak. Anda boleh melihat contoh diskaun dan tawaran yang ditawarkan Machines, dalam jualan penghabisan gudang mereka tahun lepas di sini.

Jika anda mahu masuk lebih awal, anda boleh mendaftar sebagai ahli Machines+ tetapi mereka tidak menerima pendaftaran baru pada hari jualan tersebut. Anda digalakkan mendaftar lebih awal di cawangan Machines berhampiran dengan bayaran yuran RM30. Maklumat lanjut tentang keahlian Machines+ boleh dirujuk di sini.



Menurut terma & syarat jualan penghabisan gudang tersebut, Machines menerima pembayaran dalam bentuk tunai dan kad debit/kredit, termasuk AMEX, Mastercard dan Visa. Beg tangan, helmet, makanan, minuman, binatang peliharaan dan kamera tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam lokasi jualan. Pelanggan juga tidak dibenarkan membuka bungkusan produk tanpa bantuan dari pekerja Machines. Untuk unit demo terpakai, ia terhad kepada satu unit setiap pelanggan dan dijual seadanya, tiada pulangan atau penggantian dibenarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jualan ini, layari laman Jualan Gudang Machines 2019.

Tags: applemachines
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Jualan Penghabisan gudang produk Apple di Machines kembali

Jualan Penghabisan gudang produk Apple di Machines kembali

21 June 2019
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER