• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 24/06/2019
  • Komen
Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan telah membuat tawaran kepada syarikat Gamuda Berhad, untuk mengambil alih empat lebuhraya bertol di Lembah Klang. Gamuda merupakan pemegang saham terbesar dalam keempat-empat pengendali lebuh raya terbabit.

Empat lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART). Gamuda memiliki 70% kepentingan dalam KESAS, 52% dalam SPRINT, 44% dalam LITRAK dan 50% dalam SMART. LITRAK ialah pengendali LDP.



Harga tawaran rasmi Kementerian Kewangan terhadap keempat-empat syarikat konsesi ialah:

LebuhrayaHarga Tawaran
LDP RM2,470 juta
SPRINT RM1,984 juta
KESAS RM1,377 juta
SMART RM369 juta

Jika proses pengambilalihan ini berjalan lancar, kerajaan melalui syarikat tujuan khas (SPV) anak syarikat penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) akan mengambil alih keempat-empat lebuhraya pada 31 Disember 2019.



Siaran media YB Menteri Kewangan @guanenglim berkenaan pengambilalihan 4 lebuhraya bertol. pic.twitter.com/RtNxcxzwQi

— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) June 22, 2019

Perkara lebih penting dalam pengambil alihan ini ialah penjimatan kepada pengguna.

Menurut Guan Eng, tol di lebuhraya ini tidak akan dihapuskan sebaliknya ia akan ditukar kepada caj kesesakan. Kerajaan akan memperkenalkan tiga tahap caj kesesakan iaitu:

  • Waktu Puncak – harga penuh tol sedia ada
  • Waktu Luar Puncak – diskaun 30%
  • Waktu Bukan Puncak – percuma

Struktur akhir caj kesesakan akan dikaji dan diperhalusi sebelum dilaksanakan pada 1 Januari 2020, jika proses pengambilalihan berjalan lancar.

Tambah Guan Eng lagi, pengambilalihan empat lebuhraya ini menjimatkan wang pembayar cukai sebanyak RM5.3 bilion. Jumlah ini merupakan wang pampasan kepada syarikat konsesi apabila kadar tol tidak dinaikkan sehinggan akhir hayat konsesi. Pampasan ini tidak lagi perlu dibayar selepas kerajaan mengambilalih lebuhraya tersebut.

Inforgrafik BERNAMA

Pengambilalihan ini juga tidak akan mengakibatkan sebarang beban kewangan kepada kerajaan, Ini kerana pihak SPV akan membiayai harga tawaran sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon. Seterusnya caj kesesakan yang dikutip akan membiayai bayaran balik hutang, kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya.

Kesimpulannya, Guan Eng menyifatkan tawaran pengambilalihan ini adalah penyelesaian menang-menang kepada syarikat konsesi, rakyat dan kerajaan. Semoga ia berjalan lancar dan menepati sasaran yang ingin dicapai.

Sumber: MOF, Berita Harian

Tags: Gamuda BerhadKESASLDPLebuhrayaLim Guan EngMOFSMARTSPRINTTOL
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

24 June 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN