fbpx

Google bakal menambah fungsi baru pada Ambient Display, elak peranti terjaga tanpa sengaja

Pada masa kini, trend memiliki ciri ‘Always on Display’ semakin menjadi kegilaan ramai, sehinggakan banyak pengeluar telefon pintar beralih ke skrin OLED. Antara telefon pintar yang terkenal dengan ciri ini adalah siri Samsung Galaxy S.

Samsung bukanlah satu-satunya yang menggunakan ciri tersebut, malah telefon pintar siri Google Pixel juga memiliki ciri sama yang dikenali sebagai ‘Ambient Display’.

Ciri tersebut dikatakan sangat memudahkan pengguna melihat waktu pada skrin telefon atau notifikasi tanpa perlu menghidupkan skrin peranti. Paparan tersebut boleh dihidupkan dengan menyetuhnya dua kali atau angkat peranti untuk melihatnya.

Akan tetapi, kelemahan yang ada padanya pula adalah ia mudah terjaga lalu memaparkan skrin kunci sepenuhnya. Kekerapan mengejutkan skrin tanpa sengaja tersebut mampu membuatkan bateri telefon pintar anda cepat habis.

Terbaru, Google dikhabarkan sedang memperbaiki masalah ini dan sedang menambah-baik kebolehan palm rejection pada kemas kini Ambient Display pada masa akan datang.

Ada juga yang memberi cadangan bahawa Google perlu mengecilkan kawasan sentuh dua kali pada Ambient Display. Sekali gus, dapat mengurangkan kekerapan mengejutkan skrin tanpa sengaja.

Pihak Google juga tidak berdiam diri, malah mereka memberi respond terhadap cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa fungsi tersebut akan dimasukkan pada ciri Ambient Display pada kemas kini akan datang.

Walau bagaimanapun, tiada lagi berita rasmi dari Google mengatakan bahawa bila fungsi baru itu akan digunakan, sama ada beta Android Q selepas ini, kemas kini keselamatan bulanan atau pada pelancaran Android Q yang kukuh.

Walau apa pun, ia menunjukkan pihak Google tidak memandang remeh terhadap setiap masalah, walau sekecil mana pun masalah tersebut.

Sumber: XDA Developers, Google

BACA  DxOMark label kamera Nokia 9 Pureview lebih rendah dari iPhone 7 Plus, Galaxy S7 Edge