• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Produk Raspberry Pi Ini Dicanang Sebagai Pengganti Desktop Pada Harga Kurang RM150

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:39 am
  • 25/06/2019
  • Komen
Produk Raspberry Pi Ini Dicanang Sebagai Pengganti Desktop Pada Harga Kurang RM150
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda miliki hobi DIY dalam genre elektronik, Raspberry Pi tentunya bukan nama yang asing pada anda. Produk terbaru Raspberry Pi ini dipasarkan oleh pembangunnya sebagai pengganti kepada komputer desktop anda dan ia dijual pada harga bermula USD35 (RM145).

Raspberry Pi adalah antara komputer papan tunggal yang sangat popular kerana keversatilannya. Versi terbaru Raspberry Pi adalah Raspberry Pi 4 Model B dan ia pertama kalinya hadir dalam beberapa varian serentak.



Pada helaian spesifikasi, ia adalah satu penambahbaikkan saujana berbanding Raspberry Pi 3 Model B+ yang diumumkan Mac 2018. Berikut adalah spesifikasi teknikal Raspberry Pi 4:

  • CPU Broadcom BCM2711 kuadteras Cortex-A72 @ 1.5Ghz
  • RAM 1GB/2GB atau 4GB LPDDR4-2400 SDRAM
  • Wi-Fi 2.4 GHz & 5.0 GHz
  • Bluetooth 5.0
  • 2 × USB 3.0
  • 2 × USB 2.0
  • Kepala GPIO 40 pin standard (seperti edisi sebelumnya)
  • 2 × mikro-HDMI (paparan sehingga 4kp60)
  • Jek audio/video komposit
  • Slot mikro-SD
  • Port USB-C untuk bekalan kuasa

Berbanding model sebelum ini, komputer kali ini menggunakan CPU berteraskan Cortex A72 pada kelajuan yang lebih tinggi iaitu 1.5Ghz. Amaun RAM juga dipertingkat kepada sehingga 4GB untuk yang ingin menjalankan multiprogram serentak. Lebih menarik, ia kini mengguna pakai LPDDR4 berbanding LPDDR2 pada papan lama.



Untuk yang lebih konvesional, varian RAM 1GB tetap ada untuk mengekalkan tradisi. Peminat juga dihidangkan dengan 2 port USB 3.0 yang mampu mengalirkan data sepantas 640 MB/s, sesuai untuk yang gunakannya sebagai server.

Selain CPU dan RAM yang lebih berkuasa sehinggakan mampu beroperasi seperti sebuah desktop, Raspberry Pi 4 juga dilengkapi 2 port mikro-HDMI yang boleh menyalur keluar visual pada resolusi 4K60.

Untuk sambungan yang lebih pantas, semua ciri ketersambungannya ditambah baik. Port Ethernet-nya dinaik taraf kepada port Gigabit manakala Bluetooth-nya kini mendukung versi 5.0 BLE.

Antara aplikasi popular Raspberry Pi adalah menjalankan emulator permainan retro yang pernah kami kongsikan dulu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah Raspberry Pi 4 ini, ia dijual pada harga seperti berikut:

  • Raspberry Pi 4 Model B RAM 1GB – USD 35 (RM 145)
  • Raspberry Pi 4 Model B RAM 2GB – USD 45 (RM 186)
  • Raspberry Pi 4 Model B RAM 4GB – USD 55 (RM 227)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: raspberry piraspberry pi 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Produk Raspberry Pi Ini Dicanang Sebagai Pengganti Desktop Pada Harga Kurang RM150

Produk Raspberry Pi Ini Dicanang Sebagai Pengganti Desktop Pada Harga Kurang RM150

25 June 2019
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER