• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom terima anugerah ketersediaan 4G terbaik dari OpenSignal

  • OLEH Najib
  • 12:14 pm
  • 26/06/2019
  • Komen
Celcom terima anugerah ketersediaan 4G terbaik dari OpenSignal
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom Axiata baru-baru ini menerima anugerah dari OpenSignal kerana menjadi peneraju nombor 1 ketersediaan 4G dan pengalaman kelajuan muat naik di Malaysia. Ia berdasarkan laporan yang dibentangkan OpenSignal pada bulan April yang bertajuk, Pengalaman Rangkaian Mudahalih: Malaysia, berdasarkan analisa bebas yang dijalankan dari 1 Disember sehingga 28 Februari 2019.

Laporan tersebut menyatakan, Celcom bersaing dengan Maxis untuk menduduki kedudukan teratas setiap kategori, di mana Celcom berada di tempat pertama untuk kategori Ketersediaan 4G serta Pengalaman Kelajuan Muat Naik. Celcom berkongsi tempat teratas bersama Maxis dalam kategori Pengalaman Video. Maxis pula mengatasi Celcom di kategori Pengalaman Kelajuan Muat Turun dan Pengalaman Lengah Masa.



Dalam laporan OpenSignal ini, ketersediaan 4G tidak berkaitan dengan liputan tetapi lebih kepada masa pengguna berhubung ke rangkaian 4G. Sebanyak 744,691 peranti yang terlibat dalam pengumpulan data ini dengan 1,912,501,331 jumlah pengukuran telah dibuat.

OpenSignal turut menyediakan laporan ini mengikut 11 buah bandar di Malaysia. Ketersediaan 4G Celcom memperoleh lebih dari 90% di Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Melaka dan Seberang Perai/Pulau Pinang.



Laporan penuh OpenSignal ini boleh diperolehi di sini.

Tags: celcomOpenSignal
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Celcom terima anugerah ketersediaan 4G terbaik dari OpenSignal

Celcom terima anugerah ketersediaan 4G terbaik dari OpenSignal

26 June 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN