• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FedEx bakal disenarai hitamkan oleh kerajaan China?

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 3:01 pm
  • 26/06/2019
  • Komen
FedEx bakal disenarai hitamkan oleh kerajaan China?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, FedEx Corp, sebuah syarikat penghantaran barang, dituduh berkomplot dengan kerajaan AS dalam menyekat perdagangan produk syarikat telekomunikasi China, Huawei. Menerusi salah satu akaun Twitter rasmi Huawei, pihak mereka telah menuduh FedEx seperti menentang mereka.

Ini kerana, pada minggu lalu, FedEx telah menyekat penghantaran telefon pintar Huawei, yang dihantar oleh seorang wartawan PCMag dari UK ke AS.



Menurut FedEx, mereka telah memulangkan semula telefon tersebut kepada penghantarnya dengan memberitahu bahawa penghantaran dibatalkan kerana masalah diantara kerajaan AS dengan Huawei.

Masalahnya adalah Jabatan Perdagangan AS telah meletakkan Huawei dalam senarai hitam produk luar. Sekali gus, membuatkan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan syarikat tersebut memerlukan kebenaran khas daripada kerajaan AS.



Bukan itu sahaja, sebelum itu, FedEx juga pernah melakukan ‘kesilapan’ yang sama apabila 4 barang penghantaran Huawei yang sepatutnya dihantarkan ke ibu pejabat mereka di Shenzen telah ditukar arah ke sebuah depot di AS.

Sebagai respon terhadap isu itu, FedEx sekali lagi mengaku ia merupakan satu kesilapan mereka dan tiada kena-mengena dengan pihak ketiga. Oleh kerana itu, Huawei tidak lagi mahu menggunakan servis penghantaran daripada FedEx.

Dalam masa yang sama, kementerian perdagangan China turut menyediakan senarai “entiti asing yang tidak boleh dipercayai”, sama seperti senarai hitam yang dilakukan oleh kerajaan AS. FedEx dikhabarkan bakal menjadi antara yang terawal dimasukkan ke dalam senarai tersebut akibat daripada ‘kesilapannya’ yang gagal menghantar barang Huawei ke destinasi yang sepatutnya.

Walaupun kerajaan China tidak menyatakan kesan kepada sesiapa yang memasuki senarai tersebut. Namun bagi FedEx yang mendapat sebanyak 7% daripada pendapatan keseluruhannya dari China mungkin akan terjejas.

Disebabkan itu, pihak FedEx mengambil tindakan dengan menyaman kerajaan AS kerana mereka tidak mahu bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan.

Didalam penghujahan FedEx di mahkamah daerah Colombia, mereka mengadu bahawa undang-undang larangan eksport yang dikuatkuasa oleh Jabatan Komersial “pada dasarnya FedEx diberi kuasa untuk memeriksa kandungan jutaan pakej yang dihantar setiap hari, walaupun melakukan tugasan tersebut hampir mustahil daripada segi logistik, ekonomi dan lebih-lebih lagi undang-undang”.

FedEx juga menyatakan dalam mahkamah bahawa mereka merupakan syarikat logistik bukan agensi penguatkuasaan undang-undang.

Sumber: Fortune

Tags: FedExHuawei
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

FedEx bakal disenarai hitamkan oleh kerajaan China?

FedEx bakal disenarai hitamkan oleh kerajaan China?

26 June 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN