• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Lenovo Z6 bakal miliki skrin lebih pantas daripada One Plus 7 Pro

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:49 pm
  • 28/06/2019
  • Komen
Lenovo Z6 bakal miliki skrin lebih pantas daripada One Plus 7 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Lenovo telah mengesahkan bahawa telefon keluarannya, Lenovo Z6 yang bakal dilancarkan, memiliki cip pemprosesan Snapdragon 730 SoC, tiga kamera utama dan bateri sebesar 4,000 mAh.

Terbaru, Lenovo sekali lagi mendedahkan beberapa butir mengenai paparan telefon itu. Z6 yang masih lagi tidak diketahui tarikh pelancarannya, memiliki skrin OLED bertakuk seluas 6.39 inci dan mempunyai nisbah skrin ke badan sebanyak 93.1%.



Telefon tersebut akan menawarkan skrin HDR10 dan menyokong keluasan warna gamut DCI-P3. Selain itu, ia juga mempunyai tahap kecerahan skrin sehingga 600 nits.

Bukan itu saja, skrin Z6 turut memiliki refresh rate sehingga 120Hz dan memiliki teknologi skrin berwarna De-Mura. Ini bermakna skrin Lenovo Z6 lebih pantas daripada One Plus 7 Pro dan Asus ROG Phone, setaraf dengan Razer Phone 2.



pengimbas cap jari dalam skrin

Seperti telefon pintar lain yang memiliki pengimbas cap jari, Lenovo Z6 turut bakal memiliki ciri yang sama. Pengimbas cap jari pada telefon ini akan diletakkan di bawah skrin.

Lenovo juga mengumumkan bahawa skrin telefon Z6 bakal dilindungi Gorilla Glass, namun mereka tidak menyatakan pula Gorilla Glass versi yang terbaru atau yang lama.

Sumber: GSM Arena

Tags: lenovoLenovo Z6
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Lenovo Z6 bakal miliki skrin lebih pantas daripada One Plus 7 Pro

Lenovo Z6 bakal miliki skrin lebih pantas daripada One Plus 7 Pro

28 June 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN