• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV Pintar Coocaa dengan harga mampu milik tiba bersama diskaun sehingga 46%

  • OLEH Najib
  • 7:17 pm
  • 30/06/2019
  • Komen
TV Pintar Coocaa dengan harga mampu milik tiba bersama diskaun sehingga 46%
Share on FacebookShare on Twitter

Coocaa adalah satu jenama tv pintar mampu milik yang telah bertapak di pasaran Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. Kini ia telah tiba di Malaysia dan boleh dibeli menerusi laman e-dagang Lazada.

Sebanyak lima model TV pintar Coocaa yang diperkenal untuk pasaran Malaysia. Lima model ini terbahagi kepada tiga kategori, memberikan pengguna pilihan yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka. Semuanya boleh didapati di Stor Coocaa di Lazada.



Siri Explore merupakan TV pintar dengan sistem Android TV terbina di dalam. Ia turut memiliki fungsi Google Assistant di mana pengguna boleh melaksanakan arahan suara menerusi alat kawalan jauh. Dua jenis saiz disediakan iaitu 50-inci dan 55-inci.

TV Pintar Coocaa dengan arahan suara Google Assistant

Siri Change juga dikuasakan oleh Android TV 8.0, dengan rekaan tanpa bingkai dan paparan HD Penuh. Hanya model 40-inci terdapat dalam siri ini.



Siri Innovate merupakan model paling mampu dimiliki, dikuasakan oleh sistem pintar tersendiri dengan akses ke pelbagai aplikasi seperti Amazon prime, Netflix, YouTube dan banyak lagi. Orang ramai boleh mendapatkannya dalam saiz 32-inci dan 40-inci.

Antaramuka aplikasi siri Innovate

Harga untuk TV pintar Coocaa di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Innovate 32S3C 32-inci HD – RM1,099
  • Innovate 40S3C 40-inci FHD – RM1,499
  • Change 40S5G 40-inci FHD – RM1,699
  • Explore 50Q5 50-inci 4K – RM2,599
  • Explore 55Q5 55-inci 4K – RM2,999

Semua TV Coocaa disertakan jaminan selama 2-tahun dengan pertukaran 1-ke-1 dalam 365 hari dari tarikh pembelian. Coocaa juga memiliki pusat servis di seluruh Malaysia dan boleh dihubungi menerusi talian 1800-888-123.

Diskaun sehingga 46% pada 12 Julai

Khas sebagai promosi pengenalan ketibaannya di Malaysia, orang ramai boleh membeli TV pintar Coocaa dengan diskaun sehingga 46%. Bersempena Hari Jualan Lazada pada 12 Julai, TV Coocaa boleh ditempah awal dari 29 Jun hingga 11 Julai dengan bayaran deposit 10%. Deposit ini tidak akan dipulangkan. Pada 12 Julai, tempahan tadi boleh disempurnakan baki bayarannya dan penghantaran akan dibuat.

Dalam tempoh pra jualan ini, bayar deposit 10% untuk harga promosi TV Coocaa seperti berikut:

  • Innovate 40S3C 40-inci FHD – RM1,499 RM799
  • Change 40S5G 40-inci FHD – RM1,699 RM999
  • Explore 50Q5 50-inci 4K – RM2,599 RM1,499
  • Explore 55Q5 55-inci 4K – RM2,999 RM1,699

Khas untuk model Explore 55Q5 55-inci, Coocaa menawarkan tempoh percubaan 15-hari wang dipulangkan. Hanya untuk 100 unit pertama sahaja, orang ramai boleh membuat tempahan awal dengan deposit 10% dari 29 Jun hingga 11 Julai, bayar baki pada 12 Julai dan TV akan dihantar. Selepas 15 hari, jika tidak suka, anda boleh memulangkan TV tersebut dalam keadaan baik dan wang anda akan dipulangkan. Maklumat lanjut terdapat di sini.

Cuba percuma dalam 15-hari

Bagi model Innovate 32S3C 32-inci, tiada promosi pra jualan tetapi pada 12 Julai nanti, sebanyak 50 unit disediakan untuk harga termurah dalam jualan kilat. Siapa cepat, dia dapat. Harganya sudah pasti di bawah RM759, tetapi berapa agaknya? Anda harus cepat untuk mendapatkannya.

Pakej 2-dalam-1 RM1,999

Satu lagi ialah promosi 2-dalam-1. Pada 5 Julai, Coocaa akan menawarkan pakej Explore 50Q5 + Innovate 32S3C dalam satu harga, RM1,999 sahaja. Hanya 15 unit disediakan jadi siapa cepat dia yang dapat.

Jangan lupa untuk mendapatkan tawaran hebat TV Coocaa ini segera di Stor Coocaa di Lazada.

Tags: CoocaaTVTV AndroidTV pintar
Najib

Najib

POPULAR

TV Pintar Coocaa dengan harga mampu milik tiba bersama diskaun sehingga 46%

TV Pintar Coocaa dengan harga mampu milik tiba bersama diskaun sehingga 46%

30 June 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER