• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GrabRewards diperbaharui, tiada lagi tempoh tamat Mata ganjaran

  • OLEH Najib
  • 5:36 pm
  • 02/07/2019
  • Komen
GrabRewards diperbaharui, tiada lagi tempoh tamat Mata ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Grab merupakan satu aplikasi super, bermula sebagai platform pengangkutan e-hailing dan kini berkembang luas kepada dompet elektronik dan banyak lagi. Grab turut menawarkan mata ganjaran untuk penggunaan perkhidmatan mereka dan hari ini, GrabRewards diperbaharui agar lebih menarik, fleksibel dan pelbagai pilihan eksklusif.

Bermula 1 Julai, mata ganjaran GrabRewards tidak lagi memiliki tarikh tamat. Dengan syarat, mana-mana servis Grab digunakan dalam tempoh 3 bulan, tidak kira untuk pengangkutan, penghantaran makanan atau bayaran.



GrabRewards juga akan menawarkan lebih banyak hadiah eksklusif untuk ditebus dengan mata ganjaran. Antaranya ialah Playstation 4 Pro, Apple Watch, Beats Wireless Headphones, baucer membeli-belah dan banyak lagi.

Setiap hari, katalog GrabRewards juga akan menawarkan Ganjaran Eksklusif berbentuk baucer GrabFood dan pengangkutan Grab dengan diskaun luar biasa. Ia diberikan untuk semua peringkat pelanggan, sehingga 31 Disember 2019.



Grab juga mensasarkan untuk memberi lebih banyak ganjaran kepada pengguna yang membuat pelbagai transaksi di dalam aplikasi. Bermula 1 Oktober, pengguna boleh mendapat sehingga 3 mata GrabRewards untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dalam perkhidmatan Grab, tanpa mengira tahap keahlian. Dari sekarang hingga 31 Disember, pengguna juga boleh menikmati sehingga 3 mata GrabRewards untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembayaran di kedai, dalam talian serta tambah nilai prabayar.

Pengguna Grab menerima lebih banyak ganjaran menerusi tahap keahlian yang lebih tinggi, dari tahap asas Member, kemudian ke Silver, Gold dan Platinum. Lebih banyak mata dikumpul akan menaik taraf keahlian pengguna, sekaligus membuka lebih banyak ganjaran, diskaun dan baucer bulanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang GrabRewards.

Tags: GrabGrabPayGrabRewards
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
GrabRewards diperbaharui, tiada lagi tempoh tamat Mata ganjaran

GrabRewards diperbaharui, tiada lagi tempoh tamat Mata ganjaran

2 July 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN