• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayi Google terima banyak hadiah dari Google

  • OLEH Najib
  • 5:26 pm
  • 04/07/2019
  • Komen
Bayi Google terima banyak hadiah dari Google
Share on FacebookShare on Twitter

Di Bekasi, Indonesia, seorang bapa yang baru menimang cahaya mata kedua, memberi nama unik kepada anaknya, Google. Berita ini tular di internet dan ramai orang mendapatinya sesuatu yang menarik.

Ibu yang melahirkannya, Ella (27) pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan suaminya, Andi Cahya Saputra (32) untuk menamakan anak mereka Google. Bagaimanapun, beliau menerimanya selepas menerima penjelasan suaminya. Menurutnya, nama Google diberikan agar kelak ia menjadi pemimpin dan orang yang berguna untuk masyarakat.



Tidak lama selepas itu, pasangan suami isteri ini menerima hadiah dari Google. Bukan dari anaknya, tetapi dari syarikat Google Indonesia. Banyak hadiah yang diterima tetapi mereka tidak bercerita tentang kesemua hadiahnya. Ella juga berkata, Google Indonesia mengucapkan tahniah di atas kelahiran Google.

Hey Google! We think, that's a cool name too 👶🏽🍼 Keren juga nih bajunya!

Yuk, untuk nemenin tidur siang hari ini, minta #AsistenGoogle untuk nyanyi buat kamu! Tinggal ngomgong "Ok Google, nyanyiin dong..". Share lagu apa yang kamu dapat disini 👇🏼 pic.twitter.com/2g2rKgyBNw

— Google Indonesia (@googleindonesia) July 4, 2019

Dalam gambar yang dimuat naik ke media sosial, Google dilihat memakai baju Google berwarna biru dan memegang kotak hadiah Google berwarna putih.



Perkara begini sebenarnya bukanlah kali pertama berlaku. Di United Kingdom, pernah berlaku seorang ibu bersalin di dalam kerata Kia Carens mereka, kemudiannya memberi nama Kia kepada bayi yang dilahirkan. Tidak lama selepas itu, Kia UK menghadiahkan sebuah Kia Carens yang baru kepadanya.

Untuk ibu bapa yang mahu menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasti anda sudah tahu nama apa untuk anak yang bakal dilahirkan nanti. Jangan lupa, nama yang baik itu ibarat doa untuk diri.

Sumber: The Star

Tags: Google
Najib

Najib

POPULAR

Bayi Google terima banyak hadiah dari Google

Bayi Google terima banyak hadiah dari Google

4 July 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN