• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink bagi telefon pintar percuma setiap hari sepanjang bulan Julai

  • OLEH Najib
  • 6:19 pm
  • 04/07/2019
  • Komen
Hotlink bagi telefon pintar percuma setiap hari sepanjang bulan Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang bulan Julai ini, pengguna Hotlink berpeluang untuk memenangi telefon pintar secara percuma, setiap hari. Hotlink kini menjalankan kempen “Free Phones Every Day“, berjalan sehingga 31 Julai 2019.

Hadiah yang disediakan berupa telefon pintar Samsung Galaxy A10, Galaxy A30 dan Galaxy S10+. Sebelum menyertai, pelanggan perlu mengumpul mata ganjaran Hotlink Rewards, yang diberikan percuma setiap hari atau dengan melanggan pas internet.



Ikuti langkah di bawah untuk peluang memenangi sebuah telefon pintar percuma:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan tebus mata ganjaran di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan daripada tab Beli.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, masuk laman Tawaran dan cari promosi “Free Phones Every Day” di bawah kategori “Tawaran”. Klik tawaran tersebut dan pilih “Redeem With 5 Hotlink Rewards Points” bagi memuat turun satu peluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi telefon bimbit percuma setiap hari semasa tempoh kempen ini, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Hotlink Rewards juga menyediakan banyak ganjaran lain untuk pengguna Hotlink. Antaranya kupon makanan & minuman dari Aunty Anne, Tealive dan McDonald, serta diskaun untuk hotel dari Expedia dan Traveloka, dan banyak lagi tawaran lain. Hanya kumpul mata ganjaran percuma setiap hari dan tebus pelbagai tawaran menggunakan mata ganjaran tersebut.



Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari lama kempen Telefon Percuma Setiap Hari Hotlink.

Tags: hotlinkmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Hotlink bagi telefon pintar percuma setiap hari sepanjang bulan Julai

Hotlink bagi telefon pintar percuma setiap hari sepanjang bulan Julai

4 July 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN