• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 7A, telefon paling mampu milik Xiaomi akan mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 04/07/2019
  • Komen
Redmi 7A, telefon paling mampu milik Xiaomi akan mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi 6A merupakan telefon termurah Xiaomi yang boleh dibeli di Malaysia, selain Redmi Go. Kini, model terbarunya, Redmi 7A akan boleh dibeli di Malaysia tidak lama lagi. Ia dijual terus dari China melalui Stor Xiaomi Global di Shopee.

Stor Xiaomi Global di Shopee diuruskan oleh ibupejabat Xiaomi di Beijing, membawakan pelbagai produk Xiaomi terus dari China. Walaupun datang dari luar negara, semua produk yang dijual di stor ini dijamin oleh Xiaomi Malaysia. Bermakna, jika ada masalah dalam tempoh jaminan, boleh pergi ke mana-mana pusat servis Xiaomi untuk diperbaiki.



Redmi 7A yang baru ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 439, dengan RAM 2GB dan storan 32GB ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Telefon ini memiliki tiga slot kad, menyokong dua kad sim nano dan kad mikroSD serentak.

Skrin pada Redmi 7A agak kecil, berukuran 5.45-inci HD+ dalam nisbah 18:9. Tiada takuk dan tiada lubang di skrin. Telefon ini dipasang ROM Global, siap dengan servis Google untuk kegunana di luar China.



Hanya ada satu kamera di belakang iaitu kamera 13MP F2.2, manakala kamera hadapannya 5MP dan turut digunakan untuk pengecaman wajah. Telefon ini tiada pengimbas capjari padanya.

Walaupun saiz agak kecil, Redmi 7A memiliki bateri besar 4,000mAh padanya. Ia dicas melalui port mikroUSB menggunakan pengecas standard 10W.

Redmi 7A dengan RAM 2GB dan storan 32GB akan dijual pada harga RM459. Ia akan dijual bermula 7 Julai 2019 di Stor Xiaomi Global di Shopee. Pada 7 Julai bermula jam 12 tengah malam, Xiaomi Global akan menawarkannya dengan harga istimewa dalam unit terhad. Selain itu, pembeli boleh menggunakan kod baucer XIAOMI707 untuk mendapatkan diskaun RM10 bagi pembelian minima RM150 di Stor Xiaomi Global.

Segera ke Stor Global Xiaomi di Shopee untuk membeli-belah pelbagai produk Xiaomi yang dijamin, terus dari China.

Tags: xiaomiXiaomi Global
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Redmi 7A, telefon paling mampu milik Xiaomi akan mula dijual di Malaysia

Redmi 7A, telefon paling mampu milik Xiaomi akan mula dijual di Malaysia

4 July 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER