• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

219 pemandu OKU berjaya lulus ujian lesen PSV (e-hailing)

  • OLEH Najib
  • 7:27 pm
  • 09/07/2019
  • Komen
219 pemandu OKU berjaya lulus ujian lesen PSV (e-hailing)
Share on FacebookShare on Twitter

12 Julai 2019 merupakan tarikh penguatkuasaan undang-undang untuk pemandu e-hailing. Hari ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), mengadakan majlis penyerahan lesen PSV (e-hailing) kepada pemandu kelainan upaya (OKU) yang telah lulus dan berjaya.

Majlis penyerahan lesen PSV (e-hailing) ini disempurnakan oleh yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook. Ia disaksikan oleh wakil dari pengusaha e-hailing iaitu Grab, MyCar, Dacsee dan EzCab.



Loke mengucapkan tahniah kepada semua pemandu OKU yang telah berjaya mendapatkan lesen PSV (e-hailing) dan menyeru semua pemandu e-hailing untuk mendapatkannya.

“Kalau pemandu OKU sendiri boleh menempuhi rintangan dan kesukaran, masih sanggup untuk menduduki ujian (e-hailing) ini, apa yang menghalang pemandau-pemandu biasa daripada menjalani proses yang sama,” terang Loke.



Pada awal pengumuman mewajibkan pengambilan lesen PSV (e-hailing), ia tidak membenarkan pemandu OKU untuk mengambilnya. Pada 14 Jun, kerajaan telah membenarkan pemandu OKU untuk mengambil lesen tersebut. Kemudian, pemandu OKU ini telah menduduki ujian pengambilan lesen PSV pada 1 Julai yang telah diadakan oleh Kementerian Pengangkutan.

Bagi pemandu OKU, kementerian telah mencatatkan sebanyak 277 calon mendaftar dan 245 yang hadir ujian. Dari jumlah itu, 219 orang telah berjaya lulus.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook

Dalam majlis ini, Loke turut mengumumkan terdapat seorang pemandu yang telah lulus dengan markah penuh 100% dan 5 orang mendapat 98 markah dengan satu kesalahan. Loke sendiri, turut sama menjawab ujian tersebut dan beroleh hanya 82 markah.

Pemandu e-hailing di Malaysia perlu mendapatkan lesen PSV (e-hailing) sebelum 12 Julai 2019, untuk terus memandu di mana-mana platform e-hailing. Untuk mendapatkan lesen ini, pemandu perlu membuat pemeriksaan kesihatan, menyertai kelas latihan selama 6 jam dan lulus ujian selepas itu.

Tags: E-HailingGrabJPJkementerian pengangkutan
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
219 pemandu OKU berjaya lulus ujian lesen PSV (e-hailing)

219 pemandu OKU berjaya lulus ujian lesen PSV (e-hailing)

9 July 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN