• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Spotify lebih ringan dan jimat tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 09/07/2019
  • Komen
Spotify lebih ringan dan jimat tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas setahun dilancarkan, akhirnya Spotify Lite boleh mula digunakan di Malaysia. Aplikasi yang lebih ringan proses dan jimat ruang ini boleh digunakan di 36 negara bermula hari ini, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Pengguna peranti kelas permulaan boleh menikmati semua koleksi lagu di dalam pustaka Spotify yang meluas sama seperti aplikasi Spotify biasa. Tetapi ia lebih ringa, pantas dan ringkas. Antaramukanya juga tidak banyak berbeza, memberikan pengalaman yang sama dengan aplikasi biasa.



  • Antaramuka utama
  • Carian
  • Menetapkan had kuota
  • Penggunaan data

Aplikasi Spotify Lite boleh digunakan dalam semua peranti Android 4.3 Jelly Bean dan ke atas. Saiz muat turun dari Google Playstore hanya 10MB dan mengambil ruang storan hanya 52MB selepas dipasang. Ini sangat membantu untuk pengguna dengan peranti berstoran kecil.

Pengguna juga boleh menetapkan had untuk penggunaan data dan menerima notifikasi apabila mencapai had yang ditetapkan. Jadi tidak perlu lagi risau terlebih menggunakan data.



Menariknya, pengguna boleh memasang aplikasi Spotify Lite di samping Spotify biasa di dalam peranti yang sama. Jika mahu aplikasi yang pantas, boleh menggunakan Spotify Lite. Perlukan lebih kawalan, boleh buka Spotify biasa.

Untuk mula menggunakannya, muat turun aplikasi Spotify Lite di Google Playstore. Aplikasi Spotify biasa juga boleh dimuat turun di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=PUOTD-t0xKQ
Tags: SpotifySpotify Lite
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Spotify lebih ringan dan jimat tiba di Malaysia

Spotify lebih ringan dan jimat tiba di Malaysia

9 July 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN