• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Huawei FreeLace mudah dipadan dan tahan lama sehingga 18 jam

  • OLEH Najib
  • 5:26 pm
  • 11/07/2019
  • Komen
Huawei FreeLace mudah dipadan dan tahan lama sehingga 18 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Huawei Malaysia memperkenalkan satu produk baru yang anda tidak perlu risau disekat oleh Trump. Huawei FreeLace adalah fon kepala wayarles yang boleh digunakan bersama mana-mana telefon pintar menerusi Bluetooth.

Huawei FreeLace dijual di Malaysia bermula hari ini, dengan harga RM369. Ia datang dalam dua warna pilihan, Hitam dan Amber dan boleh dibeli dari Stor Online Huawei dan Stor Fizikal Huawei.



Fon kepala ini merupakan pasangan yang ideal untuk pengguna telefon pintar Huawei. Ini kerana ia boleh dipadankan dengan mudah, hanya mencucuk FreeLace ke dalam port USB-C telefon pintar, dan ia terus berpasangan menerusi Huawei HiPair. HiPair terdapat di dalam sistem operasi EMUI 9.1 dan ia tidak memerlukan pengguna bersusah payah cuba memadankannya melalui Bluetooth.

Rekaan unik FreeLace dengan port USB-C terbina di dalam kabel menjadikannya mudah untuk dicas dengan pantas. 5 minit cas boleh memberikan masa penggunaan selama 4 jam. Cas penuh pula memberinya tenaga bermain muzik sehingga 18 jam dan masa bercakap sehingga 13 jam.



Kualiti bunyi FreeLace dihasilkan dari unit pemandu berukuran 9.2mm, yang diperbuat dari diafgram TPU ultra nipis dan plat titanium. Rekaan mikrofon dengan ruang pengudaraan, mengurangkan geseran udara agar percakapan lebih jelas dan terang.

Magnet pada kedua belah fon kepala ini berfungsi bukan sahaja sebagai pelekat yang menjadikan ia mudah digantung di leher, malah boleh menghentikan lagu atau video yang dimainkan secara automatik. Lekatkan untuk berhenti dan buka untuk dimainkan semula.

Butang kawalan di kabel bukan sahaja boleh digunakan sebagai kawalan bunyi, tetapi ia boleh memanggil pembantu maya seperti Google Assistant dengan menekan lama. Atau tekan dua kali untuk melangkau ke lagu seterusnya.

Bagi peminat kecergasan, FreeLace diiktiraf IPx5 menjadikannya kalis peluh dan percikan. Tidak kira di dalam hujan atau semasa aktif berlari, ia masih boleh terus digunakan.

Jika berminat, layari Stor Online Huawei untuk membeli serta mendapatkan maklumat lanjut tentangnya.

Tags: Huaweihuawei freelace
Najib

Najib

POPULAR

Huawei FreeLace mudah dipadan dan tahan lama sehingga 18 jam

Huawei FreeLace mudah dipadan dan tahan lama sehingga 18 jam

11 July 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN