• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei mahu membuang ratusan pekerja akibat sekatan Amerika Syarikat

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 15/07/2019
  • Komen
Huawei mahu membuang ratusan pekerja akibat sekatan Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat sekatan Amerika Syarikat (AS), Huawei merancang untuk membuang ratusan pekerja mereka di sana. Perkara ini dilaporkan oleh Wall Street Journal, menurut sumber yang dipercayai rapat dengan perkara tersebut.

Pemberhentian kerja ini dijangka memberi kesan besar kepada anak syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Huawei di AS, Futurewei Technologies. Syarikat ini memiliki sekitar 850 pekerja di AS.



Beberapa pekerja dikatakan telah menerima notis pemberhentian kerja mereka, manakala lebih banyak lagi akan diumum kemudian. Pekerja yang berasal dari China pula, diberi pilihan untuk pulang ke China atau tinggal di AS untuk bekerja di sana.

Selepas sekatan terhadap Huawei diumumkan, pekerja Futurewei turut berhadapan sekatan untuk berhubung dengan pekerja Huawei di China.



Futurewei mengasingkan diri dari Huawei

Reuters pula melaporkan, Futurewei telah menyekat pekerja Huawei dari masuk ke pejabat mereka, dan memindahkan pekerja Futurewei ke bahagian IT dan menghalang mereka dari menggunakan nama atau logo Huawei semasa berkomunikasi. Langkah ini dilihat sebagai usaha memisahkan imej Futurewei dari Huawei.

Futurewei merupakan syarikat R&D Huawei di AS, berpejabat di Lembah Silikon, Seattle, Chicago dan Dallas. Ia telah memfailkan lebih 2,100 paten dalam bahagian telekomunikasi, rangkaian 5G, serta teknologi video dan kamera, menurut pejabat paten dan tanda dagang AS.

Futurewei juga telah bekerjasama dengan banyak universiti menerusi kajian dan program geran. Antaranya Universiti Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Princeton, Universiti Columbia, Institut Teknologi Massachusetts, Universiti Michigan dan Universiti Texas.

Universiti AS berhenti kerjasama dengan Futurewei

Ahli Kongress AS, Jim Banks yang menandatangani surat amaran berkenaan kerjasama Huawei dan universiti mengatakan dengan keras, sebarang langkah untuk mengasingkan operasi Huawei dan Futurewei tidak akan menyelesaikan masalah sekatan Huawei. Futurewei ialah Huawei.

Ahli Kongres AS, Jim Banks

Banks memperkenalkan rang undang-undang “Akta Melindungi Universiti” pada Mac lepas, yang membenarkan agensi kerajaan untuk mengehadkan atau membatalkan dana persekutuan untuk sebarang kajian projek yang sensitif, yang dijalankan oleh syarikat yang memberi risiko keselamatan kepada negara. Ia menamakan Huawei dan beberapa syarikat teknologi China yang lain sebagai ancaman keselamatan, selain syarikat yang dimiliki atau dikawal kerajaan dari China, Rusia, Korea Utara dan Iran.

Profesor Sains Komputer di Stanford, John Ousterhout berkata, makmal beliau menerima USD500,000 setahun dari Futurewei dan sedang dalam perbincangan untuk meningkatkannya ke USD 2juta. Beliau tidak menafikan bahawa Huawei mungkin telah membuat kesalahan, tetapi universiti tidak seharusnya menjadi alat penguatkuasaan undang-undang.

Andrew Chien, profesor di Universiti Chicago yang baru kehilangan dana dari Huawei pula berkata, komuniti sains komputer perlu bangkit dan memperakui risiko keselamatan yang telah sekian lama diuruskan oleh rakan sekerja mereka dalam bahagian fizik, mempunyai banyak kegunaan dalam bidang ketenteraan. Komputer sudah menjadi sangat penting dan sangat merbahaya, ia tidak boleh dinafikan lagi.

Sumber: Malay Mail, Reuters, WSJ

Tags: donald trumpHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Huawei mahu membuang ratusan pekerja akibat sekatan Amerika Syarikat

Huawei mahu membuang ratusan pekerja akibat sekatan Amerika Syarikat

15 July 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER