• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Proton

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:16 am
  • 01/11/2025
  • Komen
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800
Share on FacebookShare on Twitter

Proton e.MAS 5 baru sahaja dilancarkan baru-baru ini dengan tanda harga yang sangat menarik, bermula dari RM56,800. Kini selepas kemeriahan pelancaran reda, tiba masanya untuk bakal pemilik e.MAS 5 bersedia dari segi penyelenggaraan kenderaan mereka.

Berbeza dengan sesetengah kenderaan elektrik (EV) seperti Tesla, e.MAS 5 merupakan salah satu EV yang masih memerlukan penyelenggaraan berkala seperti kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Namun begitu, selang servisnya jauh lebih panjang berbanding model petrol biasa, menjadikan kos penyelenggaraan keseluruhan lebih rendah.



Jadual servis dan kos penyelenggaraan Proton e.MAS 5

Pro-Net kini telah menerbitkan jadual penyelenggaraan penuh beserta harga bagi setiap selang servis di laman web Proton e.MAS.

Menurut jadual tersebut, servis pertama untuk e.MAS 5 perlu dilakukan pada bulan ketiga atau selepas mencapai 5,000km, bergantung mana yang tiba dahulu, dengan kos penyelenggaraan adalah RM195.05.



Selepas itu, penyelenggaraan hanya perlu dilakukan setiap 12 bulan atau setiap 20,000km, dengan kos antara RM89.82 hingga RM426.36 bagi setiap selang servis.

Berdasarkan maklumat rasmi ini, jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan Proton e.MAS 5 selama 10 tahun hanyalah sekitar RM2,493. Untuk perbandingan, model lebih premium Proton e.MAS 7 menelan kos sekitar RM3,613 dalam tempoh sama, berdasarkan laman web Pro-Net, menjadikan penyelenggaraan e.MAS 5 sekitar 31% lebih murah.

Tags: EVev protonkenderaan elektrikprotonProton e.MAS 5proton emas
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN