• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Rakyat boleh buat aduan perkhidmatan kerajaan, pantas dan mudah dengan Respons Rakyat 2.0

  • OLEH Najib
  • 8:45 pm
  • 18/07/2019
  • Komen
Rakyat boleh buat aduan perkhidmatan kerajaan, pantas dan mudah dengan Respons Rakyat 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia yang ada masalah dengan perkhidmatan awam dan ingin membuat aduan, boleh melakukannya dengan mudah menggunakan telefon pintar, menerusi aplikasi Respons Rakyat (RR 2.0). Ia dibangunkan bagi memudahkan orang awam membuat aduan dan memberi maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Aplikasi Respons Rakyat dapat menghubungkan orang ramai untuk mengemukakan aduan dan maklum balas kepada 460 agensi, terdiri daripada 25 kementerian, 257 agensi kerajaan Persekutuan, 13 pejabat setiausaha kerajaan negeri, 149 pihak berkuasa tempatan dan 16 syarikat utiliti. Semuanya menerusi satu aplikasi sahaja.



Jika anda pernah menggunakan aplikasi Rakyat Responz (RR 1.0), aplikasi terbaru RR 2.0 ini adalah ganti kepada RR 1.0 yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dan diperkenalkan pada Mei 2016.

Pembaharuan yang diperkenalkan pada versi kedua ini ialah pengguna boleh memuat naik video dan audio, berbanding hanya gambar dan fail dokumen. Sudah pasti, pengguna boleh mengikuti perkembangan aduan mereka di dalam aplikasi tanpa perlu lagi log masuk ke Sistem Pengurusan Aduan Awam.



Pelancaran RR 2.0 adalah langkah terbaharu pihak kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Kepada rakyat Malaysia yang mahu membuat aduan berkenaan perkhidmatan kerajaan, boleh memuat turun aplikasi Respons Rakyat (RR 2.0) di Apple Appstore dan Google Playstore.

Sumber: Berita Harian

Tags: BPARespons Rakyat
Najib

Najib

POPULAR

Rakyat boleh buat aduan perkhidmatan kerajaan, pantas dan mudah dengan Respons Rakyat 2.0

Rakyat boleh buat aduan perkhidmatan kerajaan, pantas dan mudah dengan Respons Rakyat 2.0

18 July 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN