• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HonestBee gantung sementara perkhidmatan penghantaran dan tawaran makanan

  • OLEH Najib
  • 8:02 pm
  • 18/07/2019
  • Komen
HonestBee gantung sementara perkhidmatan penghantaran dan tawaran makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Honestbee, penyedia perkhidmatan barangan rumah dan makanan, hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatan mereka buat sementara waktu, bermula dari 22 Julai 2019 sehingga diberitahu kelak. Keputusan ini diambil oleh ibupejabat Honestbee di Singapura.

Menurut Honestbee Malaysia, ia merupakan langkah strategik perniagaan untuk menggantung perkhidmatan buat sementara waktu. Ini bagi memastikan mereka dapat memenuhi komitmen kewangan terhadap peniaga, rakan dagang serta pembekal dan mengatur semula operasi mereka di masa hadapan.



Penggantungan ini tidak memberi kesan kepada pekerja sepenuh masa Honestbee Malaysia. Sebaliknya ia membabitkan penghantar dan pembeli yang dipanggil sebagai Bees, samada untuk terus bekerjasama di masa hadapan atau memilih laluan kerja yang berbeza. Tetapi Honestbee akan sentiasa membuka pintu untuk menerima semula penyertaan mereka apabila operasi dimulakan kembali.

Bagi pengguna pula, terutama yang telah melanggan pelan menerusi beehive yang menawarkan beli satu makan malam percuma satu di restoran terpilih, Honestbee akan menghubungi untuk urusan pembayaran balik. Tiada tawaran baru akan diumumkan dalam tempoh penggantungan nanti.



Pada bulan Mei lepas, Honestbee mengumumkan pelantikan Brian Koo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru, menggantikan pengasas bersama Joel Sng. Brian dan pasukannya kini dalam tugas untuk mengumpul dana dan mencari ruang perniagaan strategik bagi mengukuhkan kembali kewangan.

Honestbee juga telah menghentikan operasi penghantaran di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Filipina. Mereka dilaporkan akan membuang 10% pekerja di seluruh dunia.

Sumber: The Star

Tags: Honestbee
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
HonestBee gantung sementara perkhidmatan penghantaran dan tawaran makanan

HonestBee gantung sementara perkhidmatan penghantaran dan tawaran makanan

18 July 2019
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER