• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno FC Barcelona akan dijual di Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 19/07/2019
  • Komen
Oppo Reno FC Barcelona akan dijual di Malaysia minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru diumumkan semalam, hari ini Oppo mengesahkan telefon pintar edisi khas Barcelona mereka akan dijual di Malaysia. Ia merupakan telefon pintar Oppo Reno 10x Zoom yang diselaputi dengan pelbagai tarikan dari FC Barcelona.

Telefon pintar Reno Edisi FC Barcelona akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Julai 2019. Kepada peminat FC Barcelona atau Oppo sendiri yang mahu memiliki telefon edisi khas ini, boleh menempahnya dari 21 hingga 25 Julai 2019 di Stor Konsep Oppo, Stor Online Oppo, Stor Oppo Lazada atau pun di Stor Oppo Shopee.



Harga jualan OPPO Reno Edisi FC Barcelona di Malaysia ialah RM3,999. Ini RM600 lebih mahal dari Reno 10x Zoom biasa. Tetapi Edisi FC Barcelona ini datang dengan rupa telefon dan aksesori khas bertemakan warna merah dan biru FC Barcelona.

Selain itu, pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM898, berupa fon kepala O-Free bernilai RM599 dan beg FC Barcelona bernilai RM299.



Kemasan belakang Reno Edisi FC Barcelona menampilkan warna merah dan biru yang unik, bersama logo FC Barcelona kabur sebagai latar dan logo emas di bawahnya. Di dalam, ia dilengkapi tema FC Barcelona seperti wallpaper, kunci skrin, ikon serta ringtone.

Spesifikasi Reno Edisi FC Barcelona adalah sama dengan Reno 10x Zoom biasa. Ia dikuasakan pemproses Snadpragon 855, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Skrinnya berukuran 6.6-inci FHD+ dari jenis AMOLED, tanpa takuk dan lubang. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Telefon ini memiliki modul kamera sirip jerung yang boleh disembunyikan, di mana ia menempatkan kamera hadapan 16MP padanya. Modul kamera boleh sembunyi ini memberikan paparan penuh yang kemas, tanpa sebarang takuk dan lubang.

Kamera belakangnya menggandingkan tiga kamera iaitu kamera utama 48MP dengan penstabil imej optikal (OIS), kamera ultra lebar 8MP dan kamera periskop telefoto 13MP dengan keupayaan zum hibrid 10x. Tenaganya datang dari bateri sebesar 4,065mAh dan ia menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui sambungan USB-C.

Ini ialah telefon kelima edisi khas FC Barcelona yang dihasilkan Oppo. Model yang terpilih sebelum ini ialah R7 Plus (2015), R9 (2016), F3 (2017) dan R11 Plus (2017).

Tags: FC BarcelonaoppoOppo RenoOppo Reno 10x
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Reno FC Barcelona akan dijual di Malaysia minggu depan

Oppo Reno FC Barcelona akan dijual di Malaysia minggu depan

19 July 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER