• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Mcalls HITS beri lebih banyak data serta baucer beli-belah dan tiket konsert percuma

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 19/07/2019
  • Komen
Pelan Mcalls HITS beri lebih banyak data serta baucer beli-belah dan tiket konsert percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Mcalls, salah satu penyedia rangkaian mudah alih maya (MVNO) di Malaysia, kini mengumumkan pelan baru mereka yang dipanggil HITS. Ia merupakan pelan pra-pascabayar di mana pengguna perlu membayar dahulu pelan untuk digunakan, tanpa perlu membeli kredit tambah nilai.

Pelan HITS akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, ditawarkan dari serendah RM30/bulan dengan 10GB internet berkelajuan tinggi. Lebih penjimatan boleh dinikmati jika pengguna membuat bayaran terus untuk setahun. Diskaun sebanyak 15% diberikan untuk bayaran pelan HITS untuk setahun.



Terdapat tiga jenis pelan HITS yang baru diperkenalkan Mcalls iaitu:

  • HITS 360 RM30/bulan – 10GB internet berkelajuan tinggi + 33 minit panggilan tempatan + 33 SMS tempatan
  • HITS 540 RM45/bulan – 15GB internet berkelajuan tinggi + 66 minit panggilan tempatan + 66 SMS tempatan
  • HITS 720 RM60/bulan – 30GB internet berkelajuan tinggi + 99 minit panggilan tempatan + 99 SMS tempatan

Jika memilih untuk membayar terus pelan selama setahun, diskaun 15% menjadikan pelan HITS 360 hanya RM306 (harga asal RM360), pelan HITS 540 menjadi RM459 (harga asal RM540) dan pelan HITS 720 pula RM612 (harga asal RM720).



Mcalls juga bekerjasama dengan Mbooster dan MacpiePro, memberi ganjaran istimewa kepada pengguna pelan HITS. Mbooster merupakan ekosistem e-dagang digital manakala MacpiePro ialah penganjur acara hiburan dan konsert terkemuka di Malaysia.

Pelanggan pelan HITS 360 akan menerima baucer Mbooster bernilai RM360 dan baucer MacpiePro bernilai RM360. Pelan HITS 540 pula diberikan baucer bernilai RM540 dan pelan HITS 720 pula menerima baucer bernilai RM720.

Pengguna pelan HITS boleh menguruskan semua baucer ini menerusi aplikasi MMspot, sebuah platform setempat untuk pengguna Mcalls. Baucer mereka boleh ditebus di dalam aplikasi ini, dan mereka juga boleh membeli tiket konsert menggunakan app MMspot.

Pelan HITS dilihat sesuai dengan remaja masakini dalam dunia digital. Selain kuota data yang lebih dari kebiasaan, ia juga memberikan pengguna cara membeli-belah dalam talian yang mudah serta akses ke acara konsert kegemaran.

Jika berminat, pelan HITS boleh dilanggan menerusi laman sesawang mcalls.asia atau pergi ke Stor Gaya Hidup Digital Mcalls berhampiran. Mcalls menyediakan khidmat sebagai MVNO menggunakan rangkaian Digi.

Tags: HITSMcalls
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Pelan Mcalls HITS beri lebih banyak data serta baucer beli-belah dan tiket konsert percuma

Pelan Mcalls HITS beri lebih banyak data serta baucer beli-belah dan tiket konsert percuma

19 July 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER