• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:17 pm
  • 19/07/2019
  • Komen
Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun jenama yang agak muda dalam kalangan pesaingnya, Realme telah melancarkan sejumlah telefon dalam masa yang singkat. Di Malaysia, telefon specs yang paling tinggi boleh anda dapatkan ialah Realme 3 Pro yang dijual pada harga bermula RM1,099.

Tapi jika anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki sebuah telefon ini, sekarang adalah masa yang terbaik untuk buat keputusan kerana varian tertinggi Realme 3 Pro, yang ada RAM 6GB dan storan 128GB telah dikemas kini harganya untuk jadi lebih rendah berbanding sebelumnya.



Kini anda boleh miliki Realme 3 Pro pada harga RM999 sahaja yang menjadikannya telefon ber-RAM 6GB antara yang termurah dalam pasaran. Tapi, versi RAM 4GB masih kekal dijual pada RM899.

Untuk specs, Realme 3 Pro diperkasa SoC Snapdragon 710 bersama-sama RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Storannya boleh diperluas melalui slot mikro-SD daripada jenis hibird. Kunci pelarisnya, selain SoC yang kompeten adalah pada kapasiti baterinya. Ia ada bateri 4,050mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W.



Di jabatan kamera, ia ada kamera 16MP F1.7 dan 5MP F2.4 selaku kamera ultralebar. Bagi selfie, ia ada kamera 25MP.

Jerayawara Realme di Sunway Pyramid

Untuk maklumat anda, Realme telah menukar tagline mereka daripada “Dare to be Young” kepada “Dare to Leap” untuk disesuaikan dengan imej mereka. Sekiranya anda berada di sekitar Lembah Klang, anda boleh lawati jerayawara merka yang sedang berlangsung di Blue Concourse Sunway Pyramid bermula 19 Julai hingga 21 Julai 2019 untuk melihat sendiri Realme 3 Pro.

Tags: Realmerealme 3Realme 3 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100

Telefon Terhebat Realme Di Malaysia Dapat Potongan Harga RM100

19 July 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN