fbpx

Teka harga dan menang Huawei Y9 Prime 2019 yang baru

Sejak beberapa minggu lepas, Huawei Malaysia telah mula mempromosikan kedatangan telefon pintar baru dengan kamera pop-naik auto. Minggu ini, telah disahkan telefon tersebut ialah Y9 Prime 2019 dan Huawei ingin memberi satu unit telefon ini percuma kepada peminat.

Pertandingan teka harga dan menangi Y9 Prime 2019 kini sedang berlangsung di Facebook Huawei Malaysia. Ia berjalan dari 22 Julai dan ditutup pada pukul 12 tengah hari, 24 Julai 2019.

Untuk menyertai pertandingan, ikuti langkah-langkah tersebut:

  1. Like Facebook Page Huawei Mobile Malaysia.
  2. Kongsikan post teka harga Y9 Prime 2019 dan tag 3 orang kawan.
  3. Komen di post teka harga tersebut dengan harga yang anda ingin teka.

Pemenang akan dipilih berdasarkan komen harga tepat yang terakhir. Jika tiada yang dapat meneka dengan tepat, harga paling hampir dengan harga sebenar akan dipilih. Hanya satu pemenang akan dipilih untuk membawa pulang set baru Y9 Prime 2019. Syarat dan terma penuh pertandingan boleh di sini.

Untuk petunjuk, Y9 Prime 2019 telah dijual di UAE pada harga AED899 (~RM1,005).

Berdasarkan maklumat Huawei UAE, Y9 Prime 2019 memiliki skrin LCD berukuran 6.59-inci dengan resolusi HD Penuh+. Skrin ini tiada takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop naik auto, yang menyimpan kamera hadapan 16MP.

Telefon ini datang dengan tiga kamera belakang, gabungan kamera utama 16MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Baterinya sebesar 4,000mAh dan dicas melalui sambungan USB-C. Ia menggunakan pengimbas capjari fizikal yang terdapat di belakang badan.

Kuasa dalaman Y9 Prime 2019 digerakkan oleh cip Kirin 710F, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Jika telefon ini berharga di bawah RM1,000, ia boleh memberi saingan sengit kepada Realme 3 Pro yang baru diturunkan harga kepada RM999.

BACA  Jalani Kehidupan Serba Pintar Dengan Produk Smart Life Huawei