• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelopor kamera pop-up, Oppo F11 Pro dikurangkan harga kepada RM1199

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 24/07/2019
  • Komen
OPPO F11 Pro tiba di Malaysia dengan kamera boleh sorok
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran masa kini telah dilambakkan dengan pelbagai model telefon pintar yang menggunakan modul kamera pop-up seperti Xiaomi Mi 9T, Huawei Y9 Prime 2019 dan OnePlus 7 Pro. Tetapi sebelum itu semua, antara model terawal yang menggunakan kamera pop-up ialah Oppo F11 Pro.

Oppo F11 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac tahun ini, dengan harga RM1,399 bersama RAM 6GB dan storan 64GB. Kini harganya telah diturunkan kekal kepada RM1,199 yang dibekalkan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.



Sebagai bonus tambahan, pembeli Oppo F11 Pro juga akan menerima jaminan perlindungan skrin selama setahun bernilai RM99 secara percuma.

Kuasa dalaman Oppo F11 Pro digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P70, digandingkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Ia memiliki skrin tidak bertakuk berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+.



Bateri sebesar 4,000mAh terdapat di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0. Malangnya, ia masih menggunakan port mikroUSB, bukannya USB-C.

Kamera belakangnya dua lensa, gabungan lensa utama 48MP dengan mod malam yang menawan serta lensa kedua 5MP untuk mengesan kedalaman. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi lensa 16MP di dalam modul kamera pop-up.

Oppo F11 Pro ditawarkan dalam tiga warna iaitu Hitam, Hijau dan Kelabu. Ia boleh dibeli dari Stor Konsep Oppo, pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia serta di Stor Online Oppo di laman rasmi, Lazada dan Shopee.

Tags: F11 Prooppo
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F11 Pro tiba di Malaysia dengan kamera boleh sorok

Pelopor kamera pop-up, Oppo F11 Pro dikurangkan harga kepada RM1199

24 July 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN