• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua penjawat awam boleh langgan Unifi Mobile tanpa had hanya RM59/bulan

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 24/07/2019
  • Komen
Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan Pek Jasa, pelan internet tanpa had untuk guru-guru pada kadar RM59/bulan. Kini tawaran ini diperluaskan lagi dan dibuka untuk semua kakitangan awam. Pelan ini menyediakan data tanpa had serta panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

Menurut TM, Pek Jasa ialah tawaran eksklusif yang direka khas untuk penjawat awam. Bagaimanapun tawaran ini adalah masa terhad, dibuka dari 18 Julai sehingga 31 Disember 2019. Mereka yang layak, boleh mendaftar pelan ini menerusi laman web Pek Jasa.



Menurut Soalan Lazim, Pek Jasa datang bersama kontrak selama 24 bulan. Tetapi khas semasa tempoh tawaran ini, tiada kontrak dikenakan kepada pengguna yang mendaftar sebelum akhir tahun. Tawaran ini juga terbuka kepada semua penjawat awam tetap dan kontrak, di peringkat persekutuan dan negeri.

Jika anda mendaftar dalam talian, anda perlu menghantar bersama dokumen sokongan dan permohonan akan diluluskan dalam masa 48 jam. Kad sim Unifi Mobile akan dihantar terus ke rumah anda tanpa caj penghantaran.



Selain data tanpa had, Pek Jasa datang bersama kuota hotspot LTE sebanyak 10GB secara percuma. Jika perlukan lebih, kuota hotspot tambahan boleh dibeli pada harga RM8 untuk 500MB dan RM16 bagi 1GB.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Pek Jasa.

Tags: pek jasaTelekom MalaysiaTMUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kerajaan mahu ambil alih 4 lebuhraya dan ganti tol kepada caj kesesakan

Semua penjawat awam boleh langgan Unifi Mobile tanpa had hanya RM59/bulan

24 July 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN