• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold Yang Sedia Mahal Akan Lebih Mahal Bila Dilancarkan September Nanti?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:24 am
  • 25/07/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah berdepan dengan beberapa isu rekaan yang merencatkan terus penjualan Galaxy Fold, Samsung secara rasmi mengumumkan yang mereka telah mengatasi segala kelemahan pada Fold “mark 1” dan dijangka akan cuba untuk lancarkan Fold untuk kali kedua pada bulan September.

Antara perubahan yang diterapkan pada Galaxy Fold “mark 2” adalah seperti:



  • Lapisan perlindungan Infinity Flex Display telah diperluas melangakaui paparannya kerana sebelum ini, ramai orang menyangka yang ia adalah screen protector biasa dan boleh ditanggalkan.
  • Beberapa perlindungan tambahan untuk membanteras habuk dan debu daripada luar beri kesan pada sistem elektronik di dalamnya dan pada masa yang sama mengekalkan ciri unik boleh lipatnya
  • Engsel di bahagian bawah dan atas telefon telah diperkukuh dengan penambahan lapisan besi dan pada masa yang sama, ruang kosong antara engsel dan badan telah dikurangkan.

Itu adalah daripada segi fizikaliti telefon. Untuk perisian, mereka turut menambah baik antara muka yang mereka bangunkan untuk telefon boleh lipat. Dengan segala menambahbaikan itu, Samsung akan berkongsi tarikh pelancaran semula Galaxy Fold menjelang September nanti.

Apa yang saya faham, Samsung telah menambah besi dan meluaskan lapisan perlindungan paparannya. Adakah anda rasa Samsung akan kekalkan harga Galaxy Fold seperti yang dilancarkan pertama kali dulu ataupun tak?



Sewaktu dilancarkan Samsung Galaxy Fold menerima tanda harga USD1,980 (~RM8,189). 

Sumber: Samsung

Tags: Galaxy Foldsamsungsamsung galaxysamsung galaxy fold
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Fold Yang Sedia Mahal Akan Lebih Mahal Bila Dilancarkan September Nanti?

25 July 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN