• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panggilan ke BeFrienders percuma mulai 1 Ogos, sedia sokongan moral dan bantuan emosi

  • OLEH Najib
  • 7:42 pm
  • 25/07/2019
  • Komen
Panggilan ke BeFrienders percuma mulai 1 Ogos, sedia sokongan moral dan bantuan emosi
Share on FacebookShare on Twitter

Kemurungan atau rasa stress dengan hidup semakin menjadi-jadi dalam masyarakat masakini. Acapkali ia dipendam seorang diri atau tidak diendahkan oleh keluarga dan rakan sekeliling. Kerana itu Befrienders diwujudkan, memberi sokongan moral dan emosi kepada mereka yang keseorangan dan memerlukan teman meluahkan perasaan.

Bermula 1 Ogos ini, bagi memudahkan orang ramai untuk menghubungi BeFrienders, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berganding bahu dengan lapan buah syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk mengecualikan caj bagi panggilan ke talian Befrienders. Sesiapa sahaja boleh menghubungi talian BeFrienders secara percuma.



Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kerjasama ini ialah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotcom Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Webe Digital Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Inforgrafik Bernama

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 yang dikeluarkan pada 2018, satu (1) daripada lima (5) golongan dewasa berhadapan dengan kemurungan, dua (2) daripada lima (5) orang pula berasa bimbang; manakala 11.2% berniat untuk membunuh diri serta 10.1% pernah cuba untuk membunuh diri.



Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak berpendapat, gejala membunuh diri ini boleh dicegah dengan usaha semua pihak, termasuk kerajaan dan syarikat perniagaan.

“Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan menghapuskan pandangan buruk dalam kalangan masyarakat terhadap penyakit mental dan gejala bunuh diri. Ia boleh dilakukan melalui Befrienders yang boleh dihubungi secara percuma untuk mendapatkan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan emosi. Sementara kita maju bersama digitalisasi, satu usaha sama untuk memanfaatkan media sosial dan teknologi baharu dalam mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi boleh diterokai,” jelas Al-Ishsal.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Pemanggil boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-79568145 atau 03-79568144 atau menerusi e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Butiran lanjut mengenai Befrienders di negeri-negeri lain boleh didapati di laman sesawang www.befrienders.org.my.

Tags: BeFriendersSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Panggilan ke BeFrienders percuma mulai 1 Ogos, sedia sokongan moral dan bantuan emosi

Panggilan ke BeFrienders percuma mulai 1 Ogos, sedia sokongan moral dan bantuan emosi

25 July 2019
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER