• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Lebih 2 juta ROG Phone 2 ditempah dalam masa 24 jam, rekod baru di JD.com

  • OLEH Najib
  • 7:53 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan ROG Phone 2 masih belum dirasai di Malaysia tetapi di China, ia telah dilancarkan pada 23 Julai dan mula dijual keesokan harinya. ASUS turut bekerjasama dengan Tencent Games untuk menghasilkan edisi khas bagi pasaran China.

Tempahan awal ROG Phone 2 Edisi Tencent Games telah dibuka di laman e-dagang JD.com pada 24 Julai 2019 dan ia menerima sambutan yang hangat. Dalam masa kurang dari 24 jam, lebih dari 2 juta unit telah ditempah. Ia merupakan satu rekod baru untuk laman JD.com di dalam kategori telefon pintar gaming.



Lebih 2 juta ROG Phone 2 ditempah

Apakan tidaknya, ROG Phone 2 di China dijual dari serendah RMB3,499 (~RM2,095) dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala versi lebih tinggi dengan RAM 12GB dan storan 512GB pula dijual pada harga RMB5,999 (~RM3,593).

Untuk perbandingan, ROG Phone generasi pertama dilancarkan di Malaysia tahun lepas dengan harga RM3,499 dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta RM3,999 dengan RAM 8GB dan storan 512GB. Tidak pasti samada Malaysia akan menerima ROG Phone 2 dengan harga yang sama seperti di China.



ROG Phone 2 merupakan telefon pintar gaming terbaru ASUS, dikuasakan pemproses terbaik Qualcomm yang ditambah baik, Snapdragon 855+. Skrinnya berukuran 6.59-inci HD Penuh+ dengan kelajuan segar semula sehingga 120Hz serta tiada takuk dan lubang sebaliknya menggunakan cara lama dengan bingkai tebal di atas dan bawah. Ini kerana ia meletakkan speaker stereo di atas dan bawah skrin.

Sistem penyejukan dalaman telah dipertingkat dan ia juga menggunakan butang AirTrigger II yang lebih tepat dan jitu, menjadikan pengalaman bermain game yang lebih menarik. Ia turut mengekalkan jek audio 3.5mm.

Tiga kamera belakangnya serupa seperti ZenFone 6, gandingan kamera utama 48MP dan kamera 13MP. Untuk kamera hadapan pula menggunakan kamera 24MP. Lebih menarik, telefon ini memiliki bateri sangat besar, 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W USB-C.

Adakah anda juga akan menempah ROG Phone 2 bila ia tiba di Malaysia kelak?

Tags: asusasus rog phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama

Lebih 2 juta ROG Phone 2 ditempah dalam masa 24 jam, rekod baru di JD.com

26 July 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN