fbpx

Harga ROG Phone 2 di China jauh lebih murah dari generasi pertama

ASUS telah melancarkan telefon pintar gaming mereka, ROG Phone 2 awal minggu ini tetapi ia tidak menyatakan harga jualannya. Ia kini telah disenaraikan di laman e-dagang di China, menampilkan enam versi ROG Phone 2 dengan harga bermula dari RM2,000.

ROG China telah mengumumkan kerjasama dengan Tencent Games, menawarkan telefon pintar ROG Phone 2. Dalam majlis tersebut, mereka mengumumkan enam jenis ROG Phone 2 dan tempahan awalnya telah dibuka di laman e-dagang JD.com.

Model paling asas datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB, Edisi Elite Tencent Games berharga RMB3,499 (~RM2,095). Tidak dinyatakan apa yang berbeza di edisi Tencent Games ini, tetapi dapat dilihat ia memiliki label Tencent Games di belakang telefon. Selain itu, dijangka ia akan datang dengan pelbagai tawaran Tencent di dalamnya, seperti dipasang siap dengan game keluaran Tencent Games serta ikon, wallpaper dan tema khas berkaitan Tencent Games.

Ia turut ditawarkan dengan waranti tambahan, dengan membayar RMB200 lagi menjadi RMB3,699 (~RM2,215). Kami tidak dapat memastikan apakah jenis waranti tambahan ini.

Seterusnya ialah Edisi Klasik Tencent Games dengan RAM 12GB dan storan 512GB, berharga RMB5,999 (~RM3,593). Untuk waranti tambahan pula, ia berharga RMB6,199 (~RM3,713).

Selain empat model di atas, dua lagi model diumumkan ialah Edisi Zhizun berharga RMB7,999 (~RM4,791) dan Edisi Esports Armour berharga RMB12,999 (~RM7,785). Tidak dijelaskan apakah perbezaan dua model ini dan ia dijangka untuk pasaran China sahaja.

Jangkaan Harga Malaysia

Jadi, apa yang boleh dijangka untuk pasaran Malaysia nanti? Memandangkan ROG Phone generasi pertama dilancarkan di China berharga RMB5,999 (RAM 8GB + storan 128GB) dan di Malaysia pula berharga RM3,499 (RAM 8GB + storan 128GB), mungkin kita hanya akan menerima versi RAM 12GB + storan 512GB sahaja, yang berharga RMB5,999 (~RM3,593) di China. Sampai Malaysia, harganya dijual sama seperti dulu iaitu RM3,499.

BACA  Perkhidmatan mudah alih Maxis telah pulih sepenuhnya pagi ini

Berbaloi?

Selain telefon itu sendiri, kesediaan perkakas tambahan ROG Phone 2 juga penting kerana ia memberi pengalaman bermain game yang jauh lebih baik. Antaranya alat kawalan sisi, dok pengecas, casing penyejuk, skrin kedua dan banyak lagi.

Adakah anda salah seorang yang akan mendapatkan ROG Phone 2 bila ia tiba di Malaysia kelak? Nasihat kami, jangan menaruh harapan tinggi untuk model berharga RM2,000 sebaliknya bersiap sedia untuk membayar lebih RM3,000 untuk jadi yang terawal memilikinya.

Sumber: weibo, JD.com, Android Authority