• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei berjaya menarik ribuan warga emas beratur dari pagi, hanya untuk dimarahi

  • OLEH Najib
  • 4:28 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Huawei berjaya menarik ribuan warga emas beratur dari pagi, hanya untuk dimarahi
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Singapura begitu bermurah hati sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-54, apabila menawarkan promosi hebat iaitu diskaun besar untuk telefon pintar mereka, Y6 Pro 2019 kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Harga asal telefon ini ialah SGD198 (~RM596) tetapi ditawarkan pada harga SGD54 (~RM162) selama 3 hari, dari 26 hingga 28 Julai 2019.

Tetapi promosi ini nampaknya memberi kesan negatif kepada Huawei Singapura. Ini kerana stok untuk promosi ini telah habis sebelum kedai dibuka lagi.



Orang ramai dikatakan telah berkumpul di Stor Huawei yang terlibat sejak pukul 4 pagi. Mereka yang datang pada pukul 8 pagi melihat barisan yang panjang, serta notis mengatakan telefon tersebut telah habis dijual.

Perkara ini menimbulkan kekeliruan kerana kedai dibuka pukul 11 pagi. Tetapi tinjaun di lokasi lain juga menunjukkan perkara yang sama, barisan yang panjang dan stok telah habis dijual.



Lebih teruk lagi, Jayden Lee yang mahu membelikan telefon tersebut untuk ibubapanya, telah pergi Stor Huawei di Jurong Point pukul 8.30 pagi. Tetapi beliau menemui barisan yang sangat panjang, dijangka melebihi 1,000 orang.

Tambah Lee lagi, kakitangan jualan Stor Huawei memberitahu beliau, setiap kedai hanya ada 28 unit untuk jualan promosi. Huawei mengatakan terdapat 27 stor yang terlibat, bermakna hanya ada sekitar 750 unit promosi untuk dijual. Sudah pasti ini tidak mencukupi dengan jumlah mereka yang berusia lebih 50 tahun di Singapura.

Huawei Singapura pada pukul 11 pagi tadi telah memuat naik kenyataan meminta maaf di laman Facebook. Mereka juga meminta agar orang ramai tidak lagi beratur di hadapan kedai kerana stok telah habis dijual.

Huawei Silap Langkah?

Dalam situasi begini, Huawei seharusnya mempergunakan respon luar biasa orang ramai dengan menyediakan lebih banyak unit promosi untuk memenuhi semua permintaan. Jika tidak ada stok sekarang pun, mereka boleh menjamin semua yang beratur akan dapat membeli telefon tersebut pada harga promosi.

Berapalah sangat harga telefon murah ini jika nak dibandingkan dengan promosi yang bakal mereka terima apabila semua orang memiliki telefon Huawei di tangan. Apatah lagi di masa imej mereka sedikit tercalar akibat sekatan Amerika Syarikat.

Sumber: CNA, Straits Times

Tags: HuaweiHuawei SingapuraY6 Pro 2019
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Huawei berjaya menarik ribuan warga emas beratur dari pagi, hanya untuk dimarahi

Huawei berjaya menarik ribuan warga emas beratur dari pagi, hanya untuk dimarahi

26 July 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN