• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nova 5i Pro Ada Rupa Macam Mate 20 Tapi Harga Sekitar RM1,300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:05 am
  • 29/07/2019
  • Komen
Nova 5i Pro Ada Rupa Macam Mate 20 Tapi Harga Sekitar RM1,300
Share on FacebookShare on Twitter

Selain flagship, Huawei nampaknya terus mengukuhkan pegangan pasaran mereka dalam segmen telefon kelas pertengahan. Di China, mereka telah memperkenalkan Nova 5i Pro yang ada rupa seakan Mate 20, tapi pada harga yang amat menarik. Dijual pada harga bermula RMB 2,199 ( RM1,317), ia adalah tawaran yang menarik selari dengan specs-nya.

Selepas Honor 9X, ini adalah telefon kedua yang dilaporkan diperkasa cip midrange terbaru Huawei, Kirin 810. Ia dihasilkan menggunakan pemprosesan 7nm, sama seperti Kirin 980. Jadi anda boleh jangkakan prestasi yang lebih baik daripada SoC sebelumnya.



Menemani SoC yag baru itu ialah RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Seperti biasa, apa-apa peluasan storan hanya disokong melalui kd NM.

Nova 5i Pro adalah telefon dengan paparan 6.26″. Ia diberikan panel FHD+, sedikit kecil berbanding Mate 20 yang miliki paparan 6.39″ 2K+.



Di bahagian kamera, telefon ini menyusung 4 kamera belakang seperti Mate 20. Kamera utamanya ada sensor 48MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera 2MP untuk simulasi bokeh. Swafoto dilakukan melalui kamera 32MP.

Sistem pengecasan pantas disokong Nova 5i Pro untuk mengisi bateri berkapasiti 4,000mAh-nya. Tambah menarik, ia ada jek audio 3.5mm untuk dikenakan dengan headfon kegemaran anda.

Harga Nova 5i Pro adalah seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB 2.199 (RM 1,316)
  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB 2,499 (RM1,495)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB 2,999 (RM1,795)

Layari laman jualannya untuk maklumat lanjut.

Tags: HuaweiHuawei NovaHuawei Nova 5Huawei Nova 5ihuawei nova 5i pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nova 5i Pro Ada Rupa Macam Mate 20 Tapi Harga Sekitar RM1,300

Nova 5i Pro Ada Rupa Macam Mate 20 Tapi Harga Sekitar RM1,300

29 July 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN