• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Perkemas Barisan Laptop Aspire Dengan GPU Lebih Berkuasa Dalam Badan Yang Lebih Kecil Dan Ringan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:37 am
  • 05/08/2019
  • Komen
Acer Perkemas Barisan Laptop Aspire Dengan GPU Lebih Berkuasa Dalam Badan Yang Lebih Kecil Dan Ringan
Share on FacebookShare on Twitter

Laptop dalam siri Aspire yang ditawarkan Acer adalah yang diletakkan dalam ciri yang mampu milik serta digunakan untuk pekerjaan harian. Untuk tahun ini, Acer Malaysia telah mengumumkan kemas kini dua model dalam siri ini untuk jadikannya lebih praktikal dan selari dengan keperluan semasa. Dua laptop yang menerima sentuhan tersebut ialah Acer Aspire 5 dan Acer Aspire 3.

Pada Acer Aspire 5, ia kini 10% lebih kecil dan 16.7% lebih ringan berbanding sebelumnya iaitu pada 1.45kg. Bahagian kerangka badannya kini diperbuat daripada alumunium untuk tampak lebih premium. Di atas papan utama pula, bahagian GPU telah ditambah baik daripada MX150 kepada MX250 yang memberikan lebih prestasi semasa gaming ringan.



Acer Aspire 5

Untuk storan, ia diberikan ruang seluas 256GB daripada jenis SSD dan slot RAM yang ada 4GB tapi boleh diperluas di masa depan. Aspire 5 miliki paparan FHD seluas 14″ dan ia menggunakan panel jenis IPS.

Ada dua varian Aspire 5 dijual sekarang, satu yang diperkasa Intel Core-i7 dan satu lagi Intel Core-i5. Harganya adalah seperti berikut:



  • Aspire 5 – Intel Core i7-8565U – RM3,099
  • Aspire 5 – Intel Core i5-8265U – RM2,499

Jika 14″ tak cukup besar untuk anda, mungkin anda boleh pertimbangkan Aspire 3 yang lebih besar, sebesar 15.6″ pada resolusi FHD dan menggunakan panel TFT. Ada dua varian Aspire 3 dijual di Malaysia, satu yang diperkasa i5-8265U dan satu lagi i7-8565U.

Acer Aspire 3

Versi Core i5 miliki storan HDD seluas 1TB tapi boleh menerima sekeping SSD dalam bentuk M.2. Versi Core i7 pula menerima storan SSD 256GB tapi dia juga ada slot SATA HDD untuk digunakan.

Kedua-duanya miliki RAM 4GB tapi boleh diperluas sehingga 20GB.

Dilindungi jaminan sehingga 3 tahun lamanya, Acer Aspire 3 dijual pada harga seperti berikut:

  • Aspire 3 – Intel Core i7-8565U – 256GB SSD – RM3,099
  • Aspire 3 – Intel Core i5-8265U – 1TB HDD – RM2,399
Tags: Aceracer aspireacer aspire 3acer aspire 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Perkemas Barisan Laptop Aspire Dengan GPU Lebih Berkuasa Dalam Badan Yang Lebih Kecil Dan Ringan

Acer Perkemas Barisan Laptop Aspire Dengan GPU Lebih Berkuasa Dalam Badan Yang Lebih Kecil Dan Ringan

5 August 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN