• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar terbocor aksesori Galaxy Note 10 mengesahkan ketiadaan jek audio

  • OLEH Najib
  • 9:30 am
  • 05/08/2019
  • Komen
Gambar terbocor aksesori Galaxy Note 10 mengesahkan ketiadaan jek audio
Share on FacebookShare on Twitter

Lagi 2 hari, Samsung akan melancarkan telefon pintar Galaxy Note 10. Boleh dikatakan semua perkara tentang telefon ini telah pun diketahui, baik rupanya mahupun spesifikasi.

Tetapi pembocor berita terkenal Roland Quandt, masih ada beberapa perkara yang mahu diceritakan tentang Galaxy Note 10. Iaitu tentang aksesori Galaxy Note 10. Atau lebih tepat lagi tentang casingnya.



Roland telah berkongsi beberapa gambar tentang casing yang akan dilancarkan Samsung untuk Galaxy Note 10 dan Note 10+. Selain casing belakang yang keras dengan warna biasa, terdapat juga casing belakang keras dengan tompokan sinaran bintang. Tompokan bintang ini dikatakan boleh berkerlipan apabila terdapat panggilan masuk dan notifikasi baru.

Selain itu, Samsung juga akan memperkenalkan flip cover, dengan sebahagian penutupnya lutsinar. Bahagian lutsinar ini akan menjadi ruang memaparkan waktu dan tarikh, serta notifikasi baru.



Bukan itu sahaja, dari gambar yang dikongsi ini, Roland turut mengesahkan tiadanya jek audio 3.5mm pada Galaxy Note 10 dan Note 10+. Katanya, kedua-dua telefon ini akan disertakan dongle audio 3.5mm ke USB-C untuk pengguna yang masih mahu menggunakan fon telinga berwayar.

Adakah aksesori ini menarik perhatian anda untuk mendapatkannya apabila membeli Galaxy Note 10 kelak? Bagaimana pula dengan jek audio? Adakah ia menjadi asbab untuk tidak membeli Galaxy Note 10?

Kita nantikan majlis pelancaran Galaxy Note 10 yang akan berlangsung pada pukul 4 pagi, 8 Ogos 2019 waktu Malaysia. Anda boleh bersama-sama menontonnya secara langsung menerui laman web Samsung Malaysia.

Sumber: WinFuture

Tags: Galaxy Note 10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Gambar terbocor aksesori Galaxy Note 10 mengesahkan ketiadaan jek audio

Gambar terbocor aksesori Galaxy Note 10 mengesahkan ketiadaan jek audio

5 August 2019
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER