• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempah awal Galaxy Note 10 dan terima storan digandakan dan hadiah percuma bernilai RM1,159

  • OLEH Najib
  • 9:40 am
  • 08/08/2019
  • Komen
Tempah awal Galaxy Note 10 dan terima storan digandakan dan hadiah percuma bernilai RM1,159
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah rasmi melancarkan Galaxy Note 10 dan Note 10+ dan tempahan awalnya baru sahaja diumumkan oleh Samsung Malaysia. Harga jualannya di Malaysia turut dinyatakan dan kedua-dua model telefon ini boleh ditempah bermula hari ini dengan hadiah percuma diberi bernilai sehingga RM1,159.

Samsung memasang storan 256GB untuk kedua-dua model Note 10. Tetapi untuk Galaxy Note 10+, terdapat juga storan 512GB. Berikut ialah harga rasmi Galaxy Note 10 dan Note 10+ di Malaysia:



  • Galaxy Note 10 256GB – RM3,699
  • Galaxy Note 10+ 256GB – RM4,199
  • Galaxy Note 10+ 512GB – RM4,799

Terdapat tiga warna untuk Galaxy Note dan Note 10+ iaitu Aura Pink, Aura Black dan Aura Glow. Kepada yang berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya, tempahan awal dibuka dari hari ini, 8 Ogos 2019 pukul 5 petang sehingga 18 Ogos 2019. Telefon ini akan mula dijual pada 23 Ogos 2019.

Samsung Malaysia turut menawarkan hadah percuma berikut sepanjang tempoh tempaahan awal, selagi stok masih ada iaitu:



Galaxy Note 10 (Hadiah percuma bernilai RM1,058)

  • Samsung Galaxy Buds
  • Wireless Battery Pack
  • Protection Plus

Galaxy Note 10+ (Hadiah percuma bernilai RM1,159)

  • Naik taraf dari 256GB ke 512GB
  • Wireless Battery Pack
  • Protection Plus

Protection Plus Pack memberikan tambahan jaminan ke tahun ke-2 serta satu kali perlindungan skrin. Laman tempahan awal Galaxy Note 10 telah dibuka dan boleh dilawati di sini.

Spesifikasi Galaxy Note 10 dan Note 10+

Kali ini, Samsung memperkenalkan dua model Galaxy Note dengan saiz skrin berbeza – 6.3-inci dan 6.8-inci menggunakan paparan Dynamic AMOLED Infinity-O. Ia dikuasakan oleh pemproses baru Exynos 9825 bersama RAM 8GB untuk Galaxy Note 10 dan RAM 12GB bagi Galaxy Note 10+.

S Pen juga ditingkatkan, kali ini dengan tambahan fungsi ‘Air’ di mana ia membolehkan pengguna mengawal Note seperti tongkat sakti. Ia kini menerima tenaga dari bateri lithium-titanate yang boleh bertahan sehingga 10 jam.

Di kamera pula, Samsung mengekalkan penggunaan tiga kamera yang hampir serupa dengan Galaxy S10+. Ia memiliki kamera utama 12MP F1.5-F2.4, kamera ultra lebar 16MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.1. Kamera utama dan kamera telefoto dilengkapi penstabil imej optikal (OIS). Di depan pula, ia dipasang kamera 10MP dengan auto fokus yang terletak di dalam lubang di tengah atas skrin.

Antara perkara penting yang baru di Galaxy Note 10 dan NOte 10+ ini ialah tiada lagi jek audio 3.5mm padanya. Malah, slot kad mikroSD hanya terdapat di Galaxy Note 10+ sahaja, tiada lagi di Note 10 yang lebih kecil.

Tenaga bateri berkapasiti 3,500mAh terdapat di Galaxy Note 10 manakala nNote 10+ pula dilengkapi bateri 4,300mAh. Kedua-duanya datang dengan kepala pengecasan pantas 25W, tetapi Note 10+ menyokong pengecasan pantas 45W melalui pengecas USB-PD yang dijual berasingan.

Tags: Galaxy Note 10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Tempah awal Galaxy Note 10 dan terima storan digandakan dan hadiah percuma bernilai RM1,159

Tempah awal Galaxy Note 10 dan terima storan digandakan dan hadiah percuma bernilai RM1,159

8 August 2019
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER