• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A10s perbaiki kelemahan Galaxy A10

  • OLEH Najib
  • 1:37 pm
  • 13/08/2019
  • Komen
Samsung Galaxy A10s perbaiki kelemahan Galaxy A10
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah memperbaharui barisan telefon pintar Siri-A mereka tahun ini, memberikan saingan sengit kepada pengeluar seperti Xiaomi dan Honor dengan harga yang lebih rendah. Galaxy A10 yang diperkenalkan awal tahun ini, kini telah menerima kemaskini dan muncul sebagai Galaxy A10s.

Galaxy A10s menerima banyak naik taraf berbanding Galaxy A10. Pada prestasinya, ia kini dikuasakan cip 8-teras dengan kelajuan mencecah 2.0GHz, berbanding 1.6GHz sebelumnya. RAM pula masih 2GB, tetapi kali ini dipasang storan dalaman 32GB dan menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 512GB.



Skrinnya masih sama, dari jenis LCD bertakuk kecil di atas, dengan resolusi HD+. Penambahan ketara yang boleh dilihat dari luar ialah pengimbas capjari yang terletak di belakang serta penggunaan dua kamera belakang, 13MP F1.8 dan 2MP F2.4. Kamera depannya juga lebih baik, 8MP F2.0 dan menyokong fungsi pengecaman wajah.

Bateri lebih besar dimuatkan di dalamnya, kini berkapasiti 4,000mAh iaitu 600mAh lebih dari Galaxy A10. Tetapi tidak dinyatakan sambungan, sama ada mikroUSB atau USB-C. Ia menjalankan sistem operasi Android 9.0 Pie menggunakan antaramuka One UI.



Galaxy A10s hadir dalam empat warna iaitu merah, hijau, biru dan hitam. Bagaimanapun, Samsung masih belum menyatakan bilakah ia akan dijual dan berapa harganya. Pasti menarik jika ia boleh dijual di bawah RM500 di Malaysia.

Sumber: GSMarena, Samsung

Tags: Galaxy A10ssamsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A10s perbaiki kelemahan Galaxy A10

Samsung Galaxy A10s perbaiki kelemahan Galaxy A10

13 August 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN