• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda pergi The Alley hanya untuk teh Boba? Ruginya anda…

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:13 am
  • 14/08/2019
  • Komen
Anda pergi The Alley hanya untuk teh Boba? Ruginya anda…
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pergi The Alley hanya untuk teh Boba? Jika ya, anda mungkin ketinggalan sesuatu yang menarik. Ada bermacam minuman yang menarik anda perlu cuba di sana dan salah satunya adalah minuman teh yang diinsprasikan daripada Honor 20 Pro.

Minuman dengan nama Aurora ini hanya akan ditawarkan bermula 15 Ogos 2019 hingga 14 September. Itu tanda betapa eksklusifnya ia dan tentunya anda tak mahu melepaskan peluang untuk merasainya.



Menurut The Alley, minuman Aurora hadir dengan warna yang menarik. Daripada gambar yang dikongsikan, ia meniru warna pantulan cahaya pada belakang Honor 20 Pro. Ia adalah hasil seduhan jus pic bersama-sama teh hijau. Bukan saja ia melegakan tekak, ia juga menarik untuk diabadikan dalam feed Instagram anda.

Tidaklah diketahui berapakah harga segelas Aurora ini apabila dilancarkan. Tapi, jika anda jadi antara pembeli terawal Honor 20 Pro, anda boleh bergegas ke The Alley sebab bila anda tunjuk saja telefon itu, anda akan dapat diskaun 50% ke atas minuman itu, tiada had dikenakan. Maka, anda boleh tebus seberapa banyak yang anda mahu.



Kalau anda perasan, tarikh mula penjualan Aurora adalah sama dengan tarikh pelancarkan rasmi Honor 20 Pro di Malaysia. Telefon itu dijual pada harga RM2,299 dan disertakan bersama hadiah dengan nilaian berjumlah RM500.

Maklumat lanjut tentang Honor 20 Pro boleh dirujuk dalam artikel kami yang terdahulu.

Honor 20 Pro temui pembeli di Malaysia pada 15 Ogos dengan harga melebihi RM2000
Honor 20 Pro miliki kamera sebaik OnePlus 7 Pro pada kos lebih rendah
Tags: honorHonor 20Honor 20 Prothe alley
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda pergi The Alley hanya untuk teh Boba? Ruginya anda…

Anda pergi The Alley hanya untuk teh Boba? Ruginya anda…

14 August 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN