• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan membeli-belah online sampai anda faham semua promosi Shopee 9.9 ini

  • OLEH Najib
  • 2:15 pm
  • 15/08/2019
  • Komen
Jangan membeli-belah online sampai anda faham semua promosi Shopee 9.9 ini
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara, telah melancarkan kempen 9.9 Super Shopping Day mereka. Walaupun tajuknya bertarikh 9.9, promosi ini berlangsung dari 19 Ogos sehingga 9 September 2019, menyediakan pelbagai tawaran menarik sepanjang tempoh ini. Sudah pasti, kemuncaknya ialah pada 9 September.

Banyak tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L’Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja di tempoh promosi ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9 sahaja.



Antara promosi menarik yang akan diadakan sepanjang kempen ini ialah, Jualan Kilat Shocking Sale sebanyak 9 kali sehari. Ia akan menawarkan produk dengan harga serendah RM1.

Jika tahun lepas BlackPink menjadi duta untuk Shopee, tahun ini Shopee melangkah setahap lagi dengan menggunakan khidmat pemain bola sepak terkenal, Christiano Ronaldo sebagai duta tahun ini. Ronaldo akan membintangi iklan TV terbaru Shopee serta menyertai pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live.



Shopee juga akan menawarkan Pek Baucer Hebat RM9.90, di mana pengguna hanya membayar RM9.90 dan menerima pelbagai baucer daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki, memberikan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.

Salah satu perkara yang sangat menarik dalam kempen 9.9 kali ini ialah promosi “One or Not“. Shopee menawarkan 21 motosikal Yamaha 135LC dan 1 kereta Honda City 1.5L E, yang boleh dibeli pada harga RM1 sahaja. Bagaimanapun, ia akan diberikan kepada pembeli bertuah sahaja, dan mereka yang tidak dapat membelinya akan dipulangkan semula wang bayaran RM1 tersebut.

Antara perkara unik yang terdapat di Shopee ialah permainan Goyang Shopee. Kali ini, Shopee menyediakan 99 juta syiling Shopee untuk digoyang. Setiap syiling Shopee boleh digunakan untuk membuat bayaran di mana 1 syiling bersamaan 1 sen. Bermakna, 99 juta syiling bersamaan dengan RM990,000 ringgit untuk diberikan.

Shopee juga bekerjasama dengan rakan niaga di luar talian untuk memberikan tawaran eksklusif sempena kempen 9.9 Super Shopping Day. Antaranya ialah beli 1 percuma 1 di Shihlin Taiwan, RM0.99 untuk 1 Dunkin Donut, set 2 burger + minuman + kentang hanya RM9.90 di Burger King, teh susu boba The Alley eksklusif berharga RM9, secedok aiskrim berharga RM9.90 atau dua cedok RM19 di Häagen-Dazs dan banyak lagi.

Jangan terlepas untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan promosi eksklusif di kempen 9.9 Super Shopping Day dari 19 Ogos hingga 9 September. Muat turun aplikasi Shopee di Apple Appstore atau Google Playstore untuk mula membeli-belah di Shopee.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman web Shopee 9.9 Super Shopping Day.

Tags: 9.9 super shopping dayChristiano RonaldoShopeeShopee 9.9
Najib

Najib

POPULAR

Jangan membeli-belah online sampai anda faham semua promosi Shopee 9.9 ini

Jangan membeli-belah online sampai anda faham semua promosi Shopee 9.9 ini

15 August 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER