• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 8 akan datang dengan 2 kamera belakang dan bateri sangat besar

  • OLEH Najib
  • 4:01 pm
  • 19/08/2019
  • Komen
Redmi 8 akan datang dengan 2 kamera belakang dan bateri sangat besar
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang panas lagi dengan berita tentang Redmi Note 8, satu lagi model telefon Redmi telah dikesan di TENAA. Menggunakan nombor model M1908C3IC, ia dikatakan adalah telefon pintar kelas permulaan, Redmi 8. Laman web TENAA menyenaraikan spesifikasi penuh peranti tersebut, bersama gambarnya.

Skrin peranti ini berukuran 6.21-inci dengan resolusi HD+ 1520×720. Dari gambar hadapan, sukar untuk dilihat berapa besar takuk padanya, tetapi kamera depan 8MP terletak di dalam takuk ini. Logo Redmi juga dapat dilihat ditampal di bawah skrin.



Di belakang, terdapat dua kamera padanya iaitu dengan kamera utama 12MP. LED Flash terletak di atas kamera dan pengimbas capjari pula di bawahnya. Logo Redmi juga terdapat di bawah kamera, bersama perkataaan “Designed by Xiaomi“.

Di sisi, butang kuasa dan butang bunyi terdapat di sebelah kanan. Di sebelah kiri telefon pula merupakan ruang untuk slot kad sim. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 512GB, dijangka dalam slot berasingan dengan kad sim.



Dari senarai spesifikasi, peranti ini dikuasakan pemproses 8-teras berkelajuan 2.0GHz, bersama RAM antara 2GB, 3GB dan 4GB. Storan dalaman pula dari 16GB sehingga 64GB.

Telefon ini memiliki bateri yang sangat besar, berkapasiti 5,000mAh. Ia juga datang dengan pilihan warna yang banyak iaitu hitam, merah, biru, putih, hijau, ungu, kelabu dan merah jambu.

Memandangkan Xiaomi tidak lagi menawarkan skrin HD, RAM 2GB dan storan 16GB untuk siri Redmi Note, boleh disimpulkan peranti ini lebih rapat kepada siri Redmi yang disasarkan untuk kelas permulaan. Malah, ia juga mungkin akan diperkenalkan pada 29 Ogos, di samping TV Redmi 70-inci serta Redmi Note 8.

Sumber: GSMarena, TENAA

Tags: RedmiRedmi 8
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 8 akan datang dengan 2 kamera belakang dan bateri sangat besar

Redmi 8 akan datang dengan 2 kamera belakang dan bateri sangat besar

19 August 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN