fbpx

Redmi Note 8 akan tiba bersama TV Redmi 70-inci pada 29 Ogos?

Siri Redmi Note merupakan salah satu model yang sangat popular di bawah jenama Redmi. Bermula dari Redmi Note 5, ia telah memperkenal model baru setiap 6 bulan. Selepas melancarkan Redmi Note 7 pada bulan Januari tahun ini, ura-ura tentang Redmi Note 8 telah mula kedengaran.

Dua Model Redmi Note 8?

Ia bermula dengan pengesahan dari Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing yang menyatakan Redmi Note 8 akan datang dengan kamera 64MP. Kemudian dua buah model telefon Redmi telah ditemui di laman pensijilan China, CCC. Menggunakan nombor model M1908C3IE dan M1908C3IC, perbezaan yang terdapat antaranya ialah pengecas, satu dengan pengecas standard 10W dan satu lagi menyokong pengecasan sehingga 18W.

4 kamera belakang?

Tidak lama selepas itu, satu gambaran tentang Redmi Note 8 telah tersebar. Dalam gambar itu, ia menunjukkan Redmi Note 8 memiliki tiga kamera belakang yang disusun menegak, dan satu kamera kecil di tepinya. Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan berkenaan gambaran telefon ini.

29 Ogos tarikh pelancaran?

Tetapi satu perkara yang paling menghampiri pengesahan tentang Redmi Note 8 ialah status weibo Lei Jun, CEO Xiaomi. Dalam status tersebut, Lei Jun memuat naik gambar tentang acara pelancaran TV Redmi 70-inci yang akan diadakan pada 29 Ogos. Di ruangan komen, seseoang telah bertanya adakah Redmi Note 8 juga akan dilancarkan, dan Lei Jun membalas dengan emoji bagus. Boleh dikatakan, Lei Jun bersetuju Redmi Note 8 juga akan diperkenal pada majlis 29 Ogos kelak.

Tahun lepas, Redmi Note 6 merupakan kemaskini kecil berbanding Redmi Note 5 apabila ia kekal menggunakan pemproes, bateri dan kamera belakang yang sama. Naik taraf hanya terdapat di skrin dan kamera hadapan. Tetapi Redmi Note 8 mungkin akan dikemaskini dengan pemproses baru serta kamera baru. Antara khabar angin yang bertiup ialah penggunaan pemproses Mediatek Helio G90T dan kamera belakang 64MP. Adakah naik taraf ini mencukupi untuk anda?

BACA  Realme Edar Telefon Empat Kali Lebih Banyak Berbanding Tahun Yang Sebelumnya

Kita nantikan pengumuman rasmi dari Redmi kelak.

Sumber: GizmoChina 1, GizmoChina 2