Redmi Note 5 Buka Kekuda Untuk Pertahan Takhta Kategori Midrange Milik Xiaomi Di Malaysia

Redmi Note 5 dilancarkan di India dan Indonesia menjadi pasaran pertama rantau Asia Tenggara yang menerimanya. Pada 24 April 2018, Redmi Note 5 secara rasminya memasuki Malaysia pada harga yang amat menarik. Membandingkan harga telefon ini dengan spesifikasi yang dimilikinya, ia mungkin adalah penanda aras baru untuk sebuah peranti mid-range mampu milik di Malaysia.

Keunikan pertama telefon ini berbanding yang lain adalah yang pertama menggunakan CPU Snapdragon 636 yang dikatakan 70% lebih pantas berbanding Snadpragon 625 yang digunakan pada kebanyakan peranti mid-range mampu milik sebelum ini seperti Xiaomi Mi A1, Lenovo P2, dan Moto G5S Plus.

Ia adalah satu penambahbaikan yang baik memandangkan cip tersebut sudahpun sedikit berusia.

Bahagian pengimejan turut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Di India, ia terkenal dengan keupayaan kamera kelas flagship dalam badan midrange. Mana taknya, sistem Dual Pixel Auto Focus mampu membidik titik fokus superpantas, terasa seperti menggunakan kamera flagship.

Untuk kamera belakang, anda bakal menerima sepasang kamera 12MP yang dipadankan bersama kamera 5MP untuk tujuan simulasi bokeh. Untuk berswafoto, anda boleh gunakan kamera 13MP.

Jika anda menggunakannya untuk tugasan berat seperti gaming, anda tak perlu risau tentang hayat baterinya. Sekeping bateri 4,000mAh diberikan untuk menguasakan segala kelengkapan elektronik yang dimilikinya. Digandingkan pula dengan pemproses yang cekap tenanga, anda pastinya berpuas hati dengan telefon ini.

Baterinya dicas melalui port mikro-USB yang diapit antara port audio dan jeriji speaker.

Daripada segi jualan, Redmi Note 5 akan mula dijual pada 5 Mei ini dalam tiga warna iaitu Biru, Emas dan Hitam. Ia akan hadir dalam dua varian. Harganya adalah seperti berikut:

  • Redmi Note 5 RAM 3GB / storan 32GB = RM799
  • Redmi Note 5 RAM 4GB / storan 64GB = RM999
BACA  Kuala Lumpur hentian pertama Dota 2 Major 2018/2019

Untuk pembelian dalam talian anda boleh melakukan tempahan bermula tengah malam ini menerusi:

Untuk perbandingan, beberapa telefon dengan spesifikasi hampir setara dijual pada harga seperti berikut:

  • Vivo v9 – RM1,399
  • Honor 9 Lite – RM749
  • Huawei Nova 2i – RM1,099
  • Moto G5s Plus – RM999

Spesifikasi Asas Redmi Note 5

Paparan5.99"
FHD+ (1080 × 2160)
Sistem OperasiAndroid 8.0 Android
PemprosesSnapdragon 636
RAM3GB/4GB
Storan32GB/64GB
Kamera belakang13MP+5MP
Kamera depan13MP
Bateri4,000mAh