fbpx

Realme 5 dan Realme 5 Pro perbaiki kelemahan model sebelumnya

India hari ini menyaksikan pelancaran dua model telefon pintar terbaru, Realme 5 dan Realme 5 Pro. Ia dilihat seperti sedikit naik taraf dari Realme 3, dengan tambahan terbesar ialah penggunaan 4 kamera belakang. Mungkin ada yang perasan, Realme mengabaikan nombor 4, dan terus melompat ke Realme 5 dari Realme 3.

Realme 3 pertama kali diperkenal pada bulan Februari lepas. Kini selepas 6 bulan, naik taraf ke Realme 5 telah tiba. Seperti sebelumnya, Realme 5 disasarkan sebagai peranti kelas pertengahan awal manakala Realme 5 Pro lebih kepada kelas pertengahan atas, menghampiri kelas flaghsip.

Realme 5

Telefon pintar Realme 5 kali ini datang dengan skrin lebih besar, berukuran 6.5-inci bertakuk kecil tetapi masih dengan resolusi HD+ 1600×720 sahaja. Baterinya juga diperbesarkan menjadi 5,000mAh tetapi tiada pengecasan pantas, hanya menyokong pengecas 10W melalui port mikroUSB.

Kuasa dalamannya kini menggunakan pemproses Qualcomm iaitu Snapdragon 665, sama seperti di Mi A3. Ia hadir dalam 3 variasi iaitu RAM 3GB dan storan 32GB, RAM 4GB dan storan 64GB serta RAM 4GB dan storan 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB dan memiliki tiga slot kad, boleh memuatkan dua kad sim dan satu kad mikroSD serentak.

Kamera hadapannya 13MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Di belakang pula terdapat 4 kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera bersudut lebar 8MP F2.25 dengan sudut pandang 119-darjah, kamera potret atau pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP, membolehkan tangkapan gambar dengan jarak sedekat 4cm dari subjek.

Realme menyatakan, siri Realme 5 kini dilapisi pelindung yang kalis percikan. Ia jgua masih memiliki jek audio 3.5mm. Sistem operasinya dari jenis ColorOS 6 Realme Edition, berasaskan Android 9.0 Pie.

BACA  Malaysia lebih dihargai, iPhone 11 tiba dalam masa 2 minggu dan harga diturunkan

Terdapat dua warna Realme 5 dengan kemasan ala berlian, iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple. Harga jualan Realme 5 di India ialah:

  • Realme 5 (RAM 3GB + Storan 32GB) – INR9,999 (~RM583)
  • Realme 5 (RAM 4GB + Storan 64GB) – INR10,999 (~RM641)
  • Realme 5 (RAM 4GB + Storan 128GB) – INR11,999 (~RM699)

Realme 5 Pro

Model popular Realme 3 Pro merupakan pilihan terbaik untuk telefon di bawah RM1,000 di Malaysia. Kini dengan Realme 5 Pro, ia meningkatkan lagi prestasi dengan beberapa penambah baikan. Masih menggunakan skrin LCD, ia juga mengekalkan saiz 6.3-inci bersama resolusi HD Penuh+ dan takuk kecil di atas.

Kuasa pemprosesnya diubah kepada Snapdragon 712, memiliki kelajuan lebih tinggi dari Snapdragon 710 di Realme 3 Pro, dari 2.2GHz kepada 2.3Ghz. Terdapat tiga variasi disediakan untuk Realme 5 Pro iaitu RAM 4GB dan storan 64GB, RAM 6GB dan storan 64GB serta RAM 8GB dan storan 128GB.

Kamera juga telah dinaik taraf. Di depan, ia menggunakan kamera 16MP F2.0 dengan sensor Sony IMX471. Di belakang, 4 kamera dipasang gandingan kamera utama 48MP F1.79 Sony IMX586, kamera bersudut lebar 8MP F2.25 dengan sudut pandang 119-darjah, kamera potret atau pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP.

Baterinya sedikit kecil, tapi hanya berkurangan 10mAh menjadi 4,035mAh. Ia masih menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W, tetapi kali ini telah diubah kepada sambungan USB-C.

Realme 5 Pro masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta tiga slot kad untuk penggunaan dua kad sim nano dan kad mikroSD serentak. Ia juga memiliki badan yang kalis percikan air. Sistem operasinya dari jenis ColorOS 6 Realme Edition, berasaskan Android 9.0 Pie.

Terdapat dua warna Realme 5 dengan kemasan ala berlian, iaitu Crystal Green dan Sparkling Blue. Harga jualan Realme 5 di India ialah:

  • Realme 5 Pro (RAM 3GB + Storan 32GB) – INR13,999 (~RM816)
  • Realme 5 Pro (RAM 4GB + Storan 64GB) – INR14,999 (~RM874)
  • Realme 5 Pro (RAM 4GB + Storan 128GB) – INR16,999 (~RM991)
BACA  Huawei Watch GT 2: Jam Tangan Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu