fbpx

Diskaun RM1,000 unit kedua dan pelbagai hadiah percuma untuk pembeli terawal Galaxy Note 10

Tempahan awal Galaxy Note 10 telah habis disapu rakyat Malaysia. Jika anda masih berhajat untuk memilikinya, anda berpeluang mendapat hadiah percuma dan diskaun RM1,000 untuk pembelian unit kedua di jelajah Galaxy Note 10 yang diadakan pada hujung minggu ini.

Samsung Malaysia akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan telefon pintar terbaru mereka, Galaxy Note 10 dan Note 10+ dari hari Jumaat, 23 Ogos hingga hari Ahad 25 Ogos 2019. Pengunjung ke jelajah ini berpeluang untuk membeli telefon pintar ini dan menerima hadiah percuma, jika menjadi yang terawal tiba di lokasi.

Jelajah Galaxy Note 10 akan tiba di 5 lokasi iaitu:

  • Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  • Quensbay Mall, Pulau Pinang
  • MidValley Southkey, Johor Bahru
  • East Coast Mall, Kuantan
  • Imago Mall, Kota Kinabalu

Hadiah percuma yang diberikan untuk pembeli terawal pula ialah:

Galaxy Note 10 (256GB) RM3,699

  • Percuma Galaxy Fit, 1 tahun jaminan tambahan, 1 kali perlindungan skrin

Galaxy Note 10+ (256GB) RM4,199

  • Percuma Galaxy Fit, 1 tahun jaminan tambahan, 1 kali perlindungan skrin, powerbank 10,000mAh

Galaxy Note 10+ (512GB) RM4,799

  • Percuma Galaxy Watch Active, 1 tahun jaminan tambahan, 1 kali perlindungan skrin, powerbank 10,000mAh

Kepada yang berminat untuk membeli 2 unit Galaxy Note 10, mereka juga akan menerima diskaun RM1,000 untuk unit kedua selain hadiah percuma yang disebut di atas. Bagaimanapun, hadiah percuma dan diskaun ini terdapat dalam unit terhad.

Orang ramai juga boleh menukar tebus telefon pintar lama mereka untuk membeli Galaxy Note 10 yang baru ini. Harga yang ditawarkan bergandung kepada kondisi telefon pintar lama mereka. Pelbagai jenama telefon pintar diterima untuk ditukar tebus seperti Apple, Vivo, Oppo, Huawei dan Samsung sendiri. Maklumat lanjut tentang program tukar tebus ini boleh dirujuk di sini.

BACA  Boleh dapatkan Honor 9X secara percuma, tapi dengan syarat

Jangan terlepas untuk mendapatkan tawaran menarik bagi memiliki telefon pintar Galaxy Note 10 dan Note 10+ ini. Jelajah di seluruh negara ini dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam, dari 23 hingga 25 Ogos 2019.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Galaxy Note 10 Nationwide Roadshow.