• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 2 diperkasa kuasa grafik hebat dari Snapdragon

  • OLEH Najib
  • 8:42 pm
  • 23/08/2019
  • Komen
Oppo Reno 2 diperkasa kuasa grafik hebat dari Snapdragon
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo semakin bersemangat menghebahkan ketibaan telefon pintar baru mereka, Reno2 yang akan dilancarkan di India pada 28 Ogos 2019. Ia akan menggunakan 4 kamera belakang dengan keupayaan zum 20x.

Sedikit demi sedikit, Oppo mendedahkan perkakas yang akan mereka gunakan pada Reno2. Di bahagian pemproses, Reno2 akan dilengkapi cip Snapdragon 730G yang direka khas untuk grafik berkuasa tinggi.



Some #OPPOReno2 specs have been leaked, some incorrectly. It’ll be equipped with the Snapdragon 730G – powerful for gaming and enhanced graphics. 🤓

— Brian Shen (@BrianShenYiRen) August 20, 2019

Perkara ini dilihat sebagai naik taraf dari Reno generasi pertama yang menggunakan cip Snapdragon 710. Bagaimanapun, Reno 10x Zoom yang lebih hebat diperkasa cip Snadragon 855. Tidak dapat disahkan lagi sama ada Oppo akan turut melancarkan Reno2 dengan pemproses kelas flagship.

https://youtu.be/Al_FIh3i484

Dari video yang dikongsikan, Reno2 akan mengekalkan modul sirip jerung yang menyimpan kamera depan, bagi memberikan skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Di belakang pula, ia akan dilengkapi empat kamera.



Oppo mencanangkan empat kamera ini dilengkapi mod Ultra Stabil, dan mod Ultra Gelap. Ini memberinya hasil tangkapan yang kurang gegaran dan lebih cerah walaupun di suasana malap.

Kamera ini turut dikatakan datang dengan zum 20x tetapi dari gambaran belakang kamera Reno2, tidak kelihatan kamera petak yang memiliki fungsi periskop. Ia merupakan kamera yang penting pada Reno 10x Zoom dan P30 Pro yang memberikannya kuasa zum lossless 10x. Jika tiada kamera periskop, zum 20x pada Reno2 mungkin had maksima untuk zum digital.

Majlis pelancaran Oppo Reno2 akan diadakan pada 28 Ogos 2019. Kita tunggu apakah yang akan dipamerkan oleh Reno2 kelak. Sementara itu, boleh dapatkan beberapa maklumat di laman produk Oppo Reno2.

Tags: oppooppo reno2Reno2
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Oppo Reno 2 diperkasa kuasa grafik hebat dari Snapdragon

Oppo Reno 2 diperkasa kuasa grafik hebat dari Snapdragon

23 August 2019
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER