• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Xiaomi

Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 26/08/2019
  • Komen
Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 9T sewaktu diumumkan tak lama dulu menerima reaksi bercampur-baur. Ada yang berpuas hati dengan gandingan harga dan specs yang ditawrkannya tapi ada juga yang meminta Xiaomi membawa masuk versi Pro yang lebih berkuasa. Hari ini, permintaan mereka terjawab, Mi 9T Pro akan dijual di Malaysia bermula 30 Ogos 2019 ini.

Mi 9T dan Mi 9T Pro secara asasnya adalah telefon yang serupa serba serbi terutamanya pada bahagian luar. Tapi Xiaomi menggariskan 4 perbezaan ketara pada Mi 9T Pro berbanding Mi 9T.



Yang pertama adalah penggunaan SoC yang lebih berkuasa. Daripada Snapdragon 730, versi “Pro” menggayakan Snapdragon 855 untuk mendukung segala tugasan berat yang dilemparkan kepadanya. Kemudian, sistem penyejukannya dikatakan lebih baik kerana ada 8 lapisan graphite untuk mengelakkan thermal throtlling daripada berlaku.

Perbezaan ketiga adalah pada sensor 48MP kamera utamanya. Mi 9T Pro diberikan sensor Sony IMX586 berbanding 582 sebelumnya. Manfaatnya adalah ia boleh merakam video 4K pada kadar bingkai setinggi 60 sesaat. Perbezaan yang terakhir adalah pada bahagian bateri. Sungguhpun kedua-dua veris normal dan “Pro” ada bateri 4,000mAh, yang lebih baru ini menyokong pengecasan pantas 27W.



Baki spesifikasi telefon ini boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Anda boleh beli Mi 9T Pro bermula 30 Ogos 2019 secara dalam talian di Lazada ataupun Shopee. Kedai fizikal bertauliah juga akn menjualnya pada hari yang sama. Harganya adalah seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 64GB – RM1,599
  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,799

Untuk perbandingan, Mi 9T biasa dijual pada harg abermula RM1,199.

Mi 9T mula dijual di kedai Mi Store bermula Sabtu ini
Tags: xiaomixiaomi mi 9txiaomi mi 9t pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

Mi 9T Pro Di Malaysia Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

26 August 2019
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN