• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO A5s turun harga kepada RM499 sahaja

  • OLEH Najib
  • 2:42 pm
  • 26/08/2019
  • Komen
OPPO A5s turun harga kepada RM499 sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Oppo A5s pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada bulan Mei lepas dengan harga RM599. Hari ini, Oppo Malaysia mengumumkan penurunan harga kekal sebanyak RM100, menjadikan harga terkini Oppo A5s kepada RM499 sahaja.

Oppo A5s menampilkan kuasa pemproses Mediatek 6765 berkelajuan 2.3Ghz, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Kad mikroSD dalam slot tersendiri boleh dimasukkan untuk meluaskan lagi storan.



Skrin Oppo A5s sebesar 6.2-inci dengan takuk kecil di atas. Resolusinya hanya HD+ 1520×720. Badan belakangnya menggunakan kemasan seperti cermin dengan lengkung 3D di keempat-empat sisi.

Kamera di belakang menggandingkan lensa 13MP+2MP berkebolehan menangkap gambar bokeh. Manakala kamera hadapannya menggunakan lensa 8MP F2.0 dilengkapi mod AI Beautification. Ia juga dipasang pengimbas capjari di belakang yang pantas.



Bateri besar 4,230mAh memberi tenaga kepada Oppo A5s dan ia dicas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi ColorOS 5.2.1 berasaskan Android 8.1 Oreo. Tiga warna A5s boleh dipilih, antara hitam dan merah.

Orang ramai boleh membeli Oppo A5s dengan harga RM499 bermula hari ini, di stor konsep Oppo, pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia, serta stor online Oppo dan stor rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Tags: oppoOppo A5s
Najib

Najib

POPULAR

OPPO A5s turun harga kepada RM499 sahaja

OPPO A5s turun harga kepada RM499 sahaja

26 August 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN