• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nova 5T dengan 5 kamera AI dilancar di Malaysia dan peringkat antarabangsa

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 27/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Nova 5T hari ini membuat pelancaran sulungnya di pentas antarabangsa, dengan memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya. Ia menampilkan kuasa pemproses yang tinggi, bersama 4 kamera belakang pada harga kelas pertengahan.

4 kamera belakang mungkin membuatkan anda terfikir tentang Huawei P30 Pro, tetapi ia sebenarnya lebih menyerupai kamera yang terdapat di Honor 20. Apatah lagi, siri Nova belum pernah membawa cap Leica pada kameranya.



Huawei Nova 5T merupakan telefon pertama dari siri Nova 5 yang tiba di Malaysia. Ia juga adalah siri Nova yang pertama dikuasakan pemproses Kirin 980, yang sama digunakan oleh siri Mate 20 dan siri P30. Hanya satu variasi diperkenalkan di Malaysia dan ia datang dengan RAM 8GB dan serta storan dalaman 128GB. Tetapi tiada slot kad mikroSD, jadi tidak boleh menambah ruang storan.

Skrin nova 5T berukuran 6.26-inci dari jenis LCD, dengan resolusi HD Penuh+. Ia mempunyai lubang di sudut atas kiri, menempatkan kamera hadapan 32MP F2.0 padanya.



Kamera belakangnya menggandingkan kamera utama 48MP F1.8 dari sensor Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4 dan kamera makro F2.4. Tiada penstabil imej optikal (OIS) pada kamera ini tetapi kamera utamanya dilengkapi penstabil imej AI (AIS) oleh Huawei.

Untuk tenaga, ia dilengkapi bateri sebesar 3,750mAh yang menyokong pengecasan pantas Huwei SuperCharge 22.5W melalui USB-C. Dengan skrin LCD, ia tidak boleh menggunakan pengimbas capjari dalam skrin. Tetapi Nova 5T menggunakan pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Jika anda peminat muzik, harus diambil perhatian bahawa Nova 5T tidak lagi memiliki jek audio 3.5mm. Sistem bunyinya dikeluarkan oleh satu speaker dibawah.

Nova 5T datang ke Malaysia dengan tiga pilihan warna, iaitu Hitam, Biru dan Ungu. Warna hitamnya agak biasa, manakala biru mempunyai gabungan warna hijau. Tetapi warna ungu tampil unik dengan bayangan logo Nova di belakangnya.

Telefon pintar Nova 5T akan dijual di Malaysia bermula 7 September pada harga RM1,599. Tempahan awal Nova 5T akan dibuka dari 29 Ogos hingga 5 September 2019, menerusi Stor Online Huawei dan laman khas tempahan awal Nova 5T.

Tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah eksklusif percuma, berupa speaker mini Huawei dan pengecas kereta Huawei SuperCharge, bernilai RM325. Untuk pembelian selepas tamat tempoh ini, akan menerima pengecas kereta Huawei SuperCharge, selagi stok masih ada.

Selain itu, Huawei juga menawarkan Nova 5T dengan jaminan tambahan tahun ke-2, tetapi untuk pembelian dari 29 Ogos hingga 31 September 2019 sahaja. Pembeli juga boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menerusi aplikasi Member Center.

Bagi pengguna Nova sedia ada, Huawei Malaysia akan menawarkan program Level Up, bermula dari 7 September 2019 di Stor Huawei seluruh Malaysia. Sertai jelajah Nova 5T yang diadakan di seluruh Malaysia di lokasi berikut:

  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya: 3 Ogos – 2 September
  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 29 Ogos – 2 September
  • Imago, Kota Kinabalu: 29 Ogos – 2 September
  • The Spring, Kuching: 29 Ogos – 1 September
  • KB Mall, Kota Bharu: 29 Ogos – 31 Ogos
  • Sunway Carnival Mall, Seberang Perai: 3 – 3 September

Sedikit sebanyak, Nova 5T berkongsi banyak persamaan dengan Honor 20. Tetapi ia memiliki RAM lebih besar iaitu 8GB dengan harga RM100 lebih murah. Adakah ini pilihan yang lebih baik?

Tags: Huaweihuawei nova 5t
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Nova 5T dengan 5 kamera AI dilancar di Malaysia dan peringkat antarabangsa

27 August 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER